Akar Ibadah dalam Gerakan Islam: Ingatan Syeikh Farid al-Ansari

Syeikh Farid al-Anṣari رحمه الله sering menegaskan pentingnya berpegang teguh kepada asas-asas manhaj dalam amal Islami, sambil memberi amaran terhadap bahaya penyelewengan secara beransur-ansur daripada asas tersebut akibat terlalu sibuk dengan urusan politik dan sosial.

Kesibukan ini, menurut beliau, boleh melalaikan generasi baharu daripada menyedari bahawa gerakan Islam itu pada asasnya dibina atas paksi ibadah.

⚠️ Penglibatan berlebihan dalam suasana politik atau urusan organisasi dalaman boleh melemahkan rasa kehambaan kepada Allah, bahkan membuka ruang kepada kemunculan kecacatan pemikiran dan penyimpangan dalam amal.

🔎 Justeru, menjadi tanggungjawab para pemimpin yang berfikiran jernih untuk sentiasa memperbaharui kesedaran terhadap prinsip-prinsip agama dan memastikan setiap usaha Islam tetap bersandar kepada asas syarii.

🚫 Kecenderungan berlebihan kepada kerja politik dan mengabaikan aspek dakwah tarbiah akan mengancam teras kerja agama itu sendiri.

📣 Oleh itu, Syeikh al-Anṣari رحمه الله menegaskan keperluan untuk mewujudkan keseimbangan antara komitmen politik dengan kerja tarbiah dan dakwah, agar generasi baru tidak terputus hubungan dengan roh risalah asal yang bertujuan untuk menegakkan agama dan tidak berpecah padanya.

💡 Ini menuntut agar proses taujih (bimbingan) sentiasa berterusan dan kesedaran terhadap prinsip-prinsip asas Islam sentiasa diperbaharui, supaya gerakan Islam tidak berubah menjadi sekadar aktiviti sosial atau politik yang terpisah daripada akar spiritual dan ibādahnya.

Ustaz Tajul Arifin Che Zakaria
Jabatan Pembangunan Ahli dan Tanzim (PAT)
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Author picture

Bonda Nor atau nama sebenarnya Norli binti Madlan adalah anak kelahiran Melaka yang kini menetap di Terengganu. Beliau seorang penulis, novelis, kolumnis majalah, penceramah dan pengasas Kaedah Membaca Ekspres-i.

ARTIKEL BERKAITAN

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia