Akar Ibadah dalam Gerakan Islam: Ingatan Syeikh Farid al-Ansari

Syeikh Farid al-Anṣari رحمه الله sering menegaskan pentingnya berpegang teguh kepada asas-asas manhaj dalam amal Islami, sambil memberi amaran terhadap bahaya penyelewengan secara beransur-ansur daripada asas tersebut akibat terlalu sibuk dengan urusan politik dan sosial. Kesibukan ini, menurut beliau, boleh melalaikan generasi baharu daripada menyedari bahawa gerakan Islam itu pada asasnya dibina atas paksi ibadah. […]
Apa Makna Bai’ah dalam Amal Jama’i Kita?

Tidak sedikit dalam kalangan umat Islam hari ini yang berfikrah Islamiah secara wasatiy, bahkan sangat hampir dengan fikrah/manhaj yang kita bawa. Ini bukan sesuatu yang pelik, kerana itulah sebenarnya wajah Islam yang asli; menyeluruh dan seimbang, rahmat untuk sekalian alam. Sebahagian mereka juga tekun dalam amal dakwah, berusaha menyampaikan risalah Islam kepada manusia dengan penuh […]
Mampukah Kezaliman Israel Dihalang?

Konvensyen Pencegahan dan Hukuman Jenayah Genosid (CPCCG) atau Konvensyen Genosid ialah sebuah perjanjian antarabangsa yang menjenayahkan pembasmian kaum dan mewajibkan negara-negara anggota untuk menguatkuasakan pengharamannya. Ia merupakan instrumen undang-undang pertama yang mengkanunkan pembasmian kaum sebagai jenayah, dan perjanjian hak asasi manusia pertama yang diterima pakai sebulat suara oleh Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada […]
Mengapa Perlakuan Zionis Israel Bukan Lagi Ke’manusia’an

Peperangan adalah konflik yang menggunakan senjata dan mempertaruhkan nyawa di antara dua pihak – biasanya melibatkan tentera antara negara, tetapi mungkin juga antara dua pihak yang bertelagah di dalam sesebuah negara. Genosid pula adalah tindakan pembunuhan oleh satu pihak yang berkuasa (kerajaan) terhadap kelompok tertentu yang tidak berupaya melawan – juga dipanggil pembersihan etnik. Di […]
Rancang Tarbiah Selepas Ramadan Yang Lebih Baik

Saudaraku, Kita bersyukur dapat melalui tarbiah Ramadan buat kesekian kalinya. Berpeluang merawat dan merejuvenasi jiwa serta ‘menajamkan’ ibadah harian dengan ‘latihan’ amalan berpuasa, bersolat berjamaah, mendampingi al-Quran, bangun malam, mengeluar zakat dan infak, berzikir dan berdoa, serta bermuhasabah diri dan bertaubat Seperti juga bentuk latihan yang lain, tarbiah Ramadan punya hasrat strategiknya – meningkatkan kemampuan […]
Menangislah Kerana Takut dan Mengharap Kepada-Nya

Daripada Ibnu Abbas, aku mendengar Rasulullah bersabda: “Ada dua mata yang tidak akan disentuh oleh api neraka; Mata yang menangis kerana takutkan Allah, dan mata yang berjaga malam kerana berjihad di jalan Allah.” (Hadis Hasan Riwayat Tirmizi) Saudaraku, Menitiskan air mata dan menangis adalah sebahagian sifat semula jadi kita manusia. Bayi yang baru lahir biasanya […]