Kaji Semula Akta Hasutan – Syed Ibrahim

SERI KEMBANGAN – Naib Presiden IKRAM, Hj Syed Ibrahim Syed Noh mendesak agar dikaji semula Akta Hasutan supaya keadilan dan hak asasi rakyat Malaysia termasuk hak kebebasan bersuara seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Malaysia terpelihara.

Menurut beliau, antara perkara yang menimbulkan keraguan besar terhadap akta ini adalah sifat wewenangan (arbitrary) dalam penggunaan akta ini yang membuka ruang kepada penyalahgunaan kuasa dan pendakwaan terpilih.

Beliau berkata demikian apabila diminta untuk mengulas mengenai kes seorang pemimpin sebuah NGO yang telah didakwa di bawah Akta Hasutan dan seorang ahli politik yang juga disebut-sebut akan didakwa di bawah akta yang sama.

Namun demikian, menurut beliau, rakyat Malaysia perlu bertanggungjawab ke atas segala ucapan dan tindakan mereka bagi memastikan keharmonian agama, bangsa dan negara terpelihara.

Menurutnya lagi, kita harus menghormati hak semua rakyat Malaysia seperti yang terkandung dalam Perlembagaan negara. Segala perbezaan pandangan sebaik-baiknya diselesaikan secara dialog dan di bawa ke forum-forum yang bersesuaian.

Akhirnya, beliau mengajak semua pihak mengamalkan anjuran al-Quran yang mengajak untuk kita kenal-mengenal antara pelbagai kaum melalui proses “lita’aarafu”:

“Wahai manusia, sungguh Kami telah menciptakan kamu dari seorang lelaki dan seorang perempuan, kemudian Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku agar kamu saling mengenal.  Sungguh, yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa.  Sungguh, Allah Maha Mengetahui, Maha Teliti.”  (Maksud Surah al-Hujurat ayat 13)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia