Kagum kejayaan PRINT’17

“Secara peribadi saya kagum dengan program dianjurkan ini kerana menghimpunkan peserta yang ramai dan berjalan dengan baik serta membuktikan kemampuan pemimpin NGO,” katanya semasa merasmikan majlis penutup PRINT’17 mewakili Menteri Pendidikan di Kem Bina Semangat, Ampang Pechah di sini.

Dengan kejayaan itu, tambahnya, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengiktiraf perkhemahan tersebut dan beliau gembira kerana PRINT’17 telah menegaskan konsep perpaduan nasional dengan penglibatan pelbagai kaum dan bangsa.

“4,000 orang pelajar menggunakan wang sendiri untuk mengambil bahagian menunjukkan ada sesuatu istimewa dalam program ini yang menyatukan mereka,” tambahnya.

Beliau berkata, penganjuran program ini juga menunjukkan kepercayaan besar ibu bapa terhadap KRS MUSLEH kerana sanggup mengeluarkan wang sendiri untuk memberi peluang kepada anak-anak mereka terlibat.

  

Jelasnya lagi, terdapat tiga Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) yang menghantar peserta buat kali pertama iaitu Kedah, Perak dan Johor dan beliau berharap agar semua JPN lain mengambil bahagian dalam penganjuran PRINT yang akan datang.

Menurut pihak penganjur, kontinjen ketiga-tiga kontinjen negeri juga amat berterima kasih dan bersyukur kerana dapat menyertai PRINT’17 dan tertarik dengan penekanan program dalam aspek akhlak, adab, kerohanian serta etika pemakaian.

Seorang peserta, Nurul Atirah Saimi daripada Sekolah Raja Perempuan Taayah, Ipoh melahirkan perasaaan gembira kerana perkhemahan tersebut padat dengan aktiviti yang memberinya peluang untuk belajar perkara baru. https://travelwithgirls.com

Peserta PRINT’17 dari Thailand pula terdiri daripada 100 orang ahli Looksue Assalam daripada Assalam Smart School Association manakala peserta Indonesia daripada Jaringan Sekolah Islam Terpadu (JSIT) menghantar seramai 500 ahlinya.

Turut hadir dalam majlis itu Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad dan Penaung KRS MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

  

Majlis telah diserikan dengan persembahan khas gendang 24 musim oleh pasukan Sekolah Menengah Sin Min, Sungai Petani serta pertunjukan BaSeD oleh anggota KRS MUSLEH.

Dalam majlis penutup perkhemahan lima hari pada 10-14 Disember itu, YB Timbalan Menteri turut melancarkan penubuhan Persatuan Alumni KRS IKRAM MUSLEH, Persatuan Memanah Tradisional MUSLEH dan Majalah 10 Tahun KRS MUSLEH.

Pada masa yang sama, Pengerusi KRS MUSLEH, Mejar KRSM Abd Rahaim Md Isa berkata, negara jiran Indonesia dan Thailand konsisten terlibat dalam perkhemahan ini sejak kali pertama ia diadakan.

Katanya, selain daripada menghubungkan ukhuwah, pemyertaan negara tersebut dapat memberikan peluang kepada peserta untuk mempelajari budaya yang pelbagai.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia