Kadar kebolehjangkitan catat trend penurunan

SERI KEMBANGAN – Kadar kebolehjangkitan R-naught Covid-19 di Malaysia terus menunjukkan trend penurunan selama dua minggu berturut-turut dan angka itu susut ke 0.97 pada Ahad berbanding 0.99 pada hari sebelumnya.

 

Labuan mencatatkan kadar kebolehjangkitan tertinggi sebanyak 1.26 diikuti Negeri Sembilan, Sabah, Kuala Lumpur, Sarawak, Melaka, Selangor, Johor dan Perak.

 

Manakala, Pulau Pinang, Terengganu, Pahang, Kelantan, Kedah, Putrajaya dan Perlis merupakan negeri yang mencatatkan kadar kebolehjangkitan di bawah 1.0. Sebanyak 10 negeri mencatatkan kadar kebolehjangkitan melebihi purata kebangsaan.

 

Sehingga hari ini, kadar kebolehjangkitan terendah yang pernah direkodkan sejak pelaksanaan perintah kawalan pergerakan (PKP) bermula 13 Januari ialah 0.81 pada 3 Mac lalu dan yang tertinggi dicatatkan ialah 1.21 pada 23 Mei baru-baru ini.

 

Nilai R-naught merujuk kepada tahap kebolehjangkitan sesuatu virus iaitu berapa ramai individu yang boleh dijangkiti oleh satu kes positif.

 

Dalam pada itu, jumlah kumulatif kes positif Covid-19 di seluruh dunia ketika ini mencecah 173.4 juta kes. Namun, jumlah jangkitan menunjukkan sedikit penurunan berbanding sebelum ini dengan lebih 300,000 kes baharu dikesan dalam tempoh 24 jam lepas.

 

Amerika Syarikat (AS) kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 33.36 juta kes dan diikuti India dengan 28.9 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.94 juta kes, menurut data terbaharu Johns Hopkins University.

 

Sementara itu, angka kematian akibat Covid-19 di seluruh dunia kini melebihi 3.73 juta kes. AS kekal merekodkan jumlah kematian tertinggi dengan lebih 597,000 kes diikuti Brazil dengan lebih 473,000 kes dan India lebih 349,000 kes.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia