Jumaat sebagai Hari Jawi diteruskan

Mendapat sokongan penug semua jemaah menteri, ia sebagai usaha mengekalkan dan memperkasakan sebahagian tradisi dan kebudayaan yang membentuk Malaysia sehingga ke hari ini.

 

Katanya, kepala surat rasmi menteri akan menggunakan tulisan Jawi dalam segala urusan rasmi bagi menzahirkan tulisan Jawi di peringkat jabatan itu.

 

“Selain itu penggunaan tulisan Jawi di media sosial juga diperluaskan kepada setiap media sosial rasmi bagi agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama).”

 

Beliau turut menyeru seluruh kementerian, jabatan, agensi di peringkat Persekutuan dan negeri, badan bukan kerajaan (NGO) serta seluruh rakyat Malaysia untuk bersama-sama dalam usaha menyahut kempen dan memelihara warisan negara ini.

 

Sebelumnya, kerajaan terdahulu (Pakatan Harapan) pada September 2019 lalu, telah mengsiytiharkan Hari Jumaat sebagai hari penggunaan tulisan jawi sebagai usaha untuk memperkasakan tulisan itu.

 

Menurut Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, yang pada waktu itu sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Agama) berkata, tulisan Jawi adalah platform untuk mengembalikan sejarah warisan negara.

 

Ini kerana jelasnya, Bahasa Melayu secara khususnya menggunakan tulisan itu sebagai pengantara rasmi sama ada dalam hubungan antara negara mahupun masyarakat.

 

Tulisan Jawi menjadi bahasa perantara penting dalam semua urusan pentadbiran, adat istiadat, perdagangan dan urusan seharian masyarakat sejak dahulu.

 

Ia juga turut diiktiraf dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu di bawah Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan 1963/67 yang menyebut bahawa tulisan bagi Bahasa Kebangsaan ialah tulisan Rumi dengan syarat bahawa ini tidak melarang penggunaan tulisan Melayu yang lebih dikenali dengan nama tulisan Jawi bagi Bahasa Kebangsaan.

 

Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu di Malaysia.

 

Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya “Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan” sebagai ganti ejaan Za’ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) pada tahun 1986.

 

“Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana, tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita,” demikian memetik kata Tokoh bahasa Melayu, Pendeta Za’ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957).

 

Selain itu, menurut pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr Kang Kyoung Seok daripada Pusan University of Foreign Studies, beliau mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia.

 

“Tulisan Jawi sedang ‘tenat’ dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti,” ujarnya yang mengharap Malaysia perlu mendidik generasi muda dengan tulisan Jawi.

 

Usaha kerajaan untuk memelihara dan memperkasakan tulisan Jawi sebagai warisan negara ini perlulah berterusan dan dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

 

Tidak terhenti setakat itu, ia perlu dipromosi, dikempen serta disebarluaskan kepada pelbagai segmen masyarakat agar ia sentiasa digunakan dan tidak luput ditelan zaman.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia