Jual pil gugur di Internet tidak bertanggungjawab

 Beliau tampil mengulas isu ini di TV Alhijrah berikutan penjualan pil menggugurkan janin yang semakin berleluasa di media sosial kini.

“Taatilah perintah Allah kerana setiap perintah dan suruhan Allah memberi jaminan kesejahteraan hidup manusia di dunia dan akhirat,” nasihat beliau.

Tambahnya lagi, sebagai contoh, Allah telah meletakkan batas-batas-Nya dalam pergaulan sesama manusia terutamanya batasan pergaulan antara lelaki dan perempuan.

“Lelaki tugasannya menjaga wanita. Hormatilah wanita kerana wanita berada di bawah jagaan seorang lelaki.”

Sehubungan dengan itu, Dr Fauziah menegaskan agar wanita perlu menjaga maruah diri dan mengelakkan diri daripada terlibat dengan sesuatu yang memberikan kesan sama ada jangka pendek dan panjang.

“Mereka juga perlu fikirkan tentang kesihatan diri.”

Sebelumnya, media sosial heboh memperkatakan tentang penjualan pil gugur kandungan yang mudah dibeli di Wechat dan WhatsApp.

“Penggunaan pil ini jika tanpa pengawasan boleh mengakibatkan kompilasi seperti pendarahan yang teruk dan jangkitan kuman,” jelas Dr Fauziah.

Bukan itu sahaja, amat menggusarkan lagi, tersebar juga gambar-gambar pembeli menunjukkan hasil penggunaan pil tersebut tanpa ada rasa penyesalan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia