JKP IKRAM kunjungi pemimpin AMANAH

Kunjungan tersebut bertujuan untuk menyampaikan ucapan tahniah atas kemenangan Pakatan HARAPAN dalam PRU14 di samping bertukar-tukar pandangan tentang perkembangan terkini politik tanah air.

“Tahniah Parti Amanah Negara. IKRAM berharap kemenangan ini dapat diisi dengan pembinaan negara ke arah yang lebih baik,” ucap Presiden IKRAM, Dr Mohd Parid Sheikh Ahmad yang turut menghargai kesudian AMANAH menerima kunjungan.

Dalam ucapan balas, Presiden AMANAH, YB Haji Mohamad Sabu mengalu-alukan IKRAM untuk bersama-sama menyumbang bagi membina Malaysia baharu.

    

Beliau juga mengharapkan agar IKRAM terus memainkan peranan sebagai NGO untuk melakukan semak dan imbang, mengkritik dan memberikan cadangan-cadangan yang membina kepada kerajaan baharu.

Selain Dr Parid, turut bersama-sama dalam kunjungan ialah Timbalan Presiden, Haji Zaid Kamaruddin, Naib Presiden, Haji Shahrul Aman Mohd Saari, Setiausaha Agung, Haji Nahar Md Nor, Ketua Wanita, Datin Paduka Hajah Che Asmah Ibrahim dan Ahli-ahli JKP lain.

Turut hadir mewakili AMANAH ialah Penasihat Umum, Ustaz Haji Ahmad Awang, Naib Presiden, YB Dr Hasan Baharom dan YB Dato’ Mahfuz Omar, Ketua Pemuda, YB Mohd Sany Hamzan, Timbalan Setiausaha Agung, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagus, Ketua Wanita Muda, Anis Afida Mohd Azli dan Ahli-ahli JK AMANAH Nasional.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia