Jimat kos, WAJIKS rai lima pengantin baharu

Kira-kira 2,600 orang telah menghadiri majlis walimah anjuran Jawatankuasa Pemantapan Keluarga IKRAM (PeKA) IKRAM Selangor yang terdiri daripada para tetamu kehormat, ahli-ahli keluarga pasangan pengantin dan juga sahabat handai mereka. 

Pasangan-pasangan tersebut ialah Megat Usaamah Megat Mohamed Amin dan Nurshazana Mohd Shafie, Mohammad Faizul Nasri dan Syafiqah Alias, Ahmad Zaki Ahmad Zainuddin dan Nabila Ain Kasmuri, Muhammad Hanif Abdul Karim dan Nur Afifah Otheman serta Mohd Amin Azuwar dan Nurhanani Saiful Suhardi.

Majlis kesyukuran ini bermula dengan ketibaan dan perarakan masuk pengantin ke dewan. Setelah selesai bacaan doa selamat, jamuan makan dan santapan beradab pengantin pun bermula.

Semasa majlis berlangsung, turut berucap YDP IKRAM Negeri Selangor, Hj Norazmi Mat Noh diikuti dengan tausiah (pesanan) wakil keluarga pengantin kepada pengantin baharu.

    

Perarakan masuk pengantin dan suasana dewan semasa majlis

Menurut Norazmi, dengan kos RM2,500, majlis keraian untuk pengantin meliputi persandingan di dewan, pelamin dan makanan sementara kos hantaran, majlis merisik dan bertunang ditanggung sendiri oleh pengantin.

Beliau melahirkan keyakinan bahawa penganjuran ini memberikan alternatif terbaik kepada ahli IKRAM dan rakyat Malaysia yang menantikan perubahan dalam majlis perkahwinan yang berteraskan syariat dan sederhana seterusnya disambut meriah.

Menurut Pengarah WAJIKS 2016, Dr Nor Zalmiah Jahidin, program yang masuk tahun keempat itu sudah meraikan 30 pasangan melalui Unit Temu Jodoh.

Pihaknya membuka pendaftaran dalam talian (online) kepada ahli-ahli IKRAM yang berminat dan mereka yang sudah bertemu pasangan perlu mengikuti kursus pra perkahwinan Menuju Gerbang Mahligai Sakinah sebelum ke fasa seterusnya.

Turut hadir meraikan majlis ini adalah YAB Datin Seri Shamsidar Taharin, isteri YAB Dato’ Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (PEKAWANIS), YB Dr Daroyah Alwi, Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga Negeri Selangor.

Selain itu, tetamu lain yang hadir ADN Kota Anggerik, Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Negeri Selangor), Sahibus Samahah Dr Anhar Opir (Timbalan Mufti Negeri Selangor), Imam Masjid Tengku Ampunan Jemaah Bukit Jelutung, Ahli-Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) IKRAM, barisan Jawatankuasa IKRAM dan Wanita IKRAM di peringkat pusat, negeri dan kawasan di Selangor dan rakan-rakan NGO ACCIN yang mewakili ABIM, WAMY, MACMA, IIS, PUM dan RICOI serta wakil-wakil media Sinar Harian, Harian Metro dan Berita Harian.

Semoga majlis ini memberikan impak dan contoh untuk masyarakat Islam dalam penganjuran walimah yang menjimatkan kos serta mengikut syariat. Moga semua pengantin yang diraikan beroleh keberkatan, dimurahkan rezeki dan berbahagia dalam membina keluarga mawaddah dan rahmah, insya-Allah.

Foto WAJIKS: http://bit.ly/2c2UqsN

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia