Jerebu: Petronas, IKRAM Kota Samarahan edar topeng muka percuma

Operator, Lucas Lim berkata, pengagihan topeng muka itu merupakan salah satu tanggungjawab sosial yang dilakukan oleh pihak.

“Kita lihat keadaan berjerebu semakin teruk. Oleh itu, kita merasakan adalah perlu mengambil langkah kepada orang ramai menggunakan topeng muka supaya langkah kesihatan,” katanya kepada Utusan Sarawak hari ini.

Katanya, sebanyak 200 topeng muka diagihkan secara percuma kepada orang ramai khasnya penunggang motosikal.

“Ini adalah kali pertama kita mengadakan program seperti ini memandangkan keadaan jerebu yang semakin teruk,” ujarnya.

Katanya, selain itu pihaknya juga mengadakan program lain sebagai penghargaan kepada pelanggan seperti mengagihkan bubur lambuk pada bulan Ramadan.

Sementara itu, Setiausaha Daerah, Mohd Azrin berkata, Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) Daerah Kota Samarahan menyokong program pengagihan topeng muka bagi memberi kesedaran kepada orang ramai.

“Apa yang kita lihat masih ada pengguna jalan raya khasnya penunggang motosikal masih tidak menggunakan topeng muka sedangkan keadaan jerebu teruk pada masa ini,” jelasnya.

Katanya, pertubuhan itu mengadakan program yang berteraskan kepada kebajikan dan masyarakat di sekitar kawasan berkenaan sejak penubuhannya.

Tarikh: 13 September 2015
Sumber: Utusan Sarawak
Link: http://bit.ly/1KjD6r2

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia