Jenazah sebelumnya dibawa balik pada 3.30 petang selepas selesai solat jenazah di Masjid Jamek Kajang dan tiba di tanah perkuburan pada 9.30 malam.
Selain ibu bapa almarhumah, turut mengiringi jenazah dari Kajang ke Besut ialah empat orang kakitangan Ibu Pejabat IKRAM iaitu Ustaz Abd Haris Bain, Hj Rosli Ahmad, Izzan Nasuha Amran dan Nur Idayu Abd Rahman.
Dari kanan Hj Nik Mud, Ust Abd Haris, Hj Rosli dan Ust Abdul Aziz
Mereka turut menziarahi kedua-dua ibu bapa almarhumah sebelum bertolak pulang ke Lembah Klang. Dalam keadaan tenang, bapa almarhumah, Hj Nik Mud mengucapkan terima kasih kepada IKRAM, kakitangannya serta semua pihak yang membantu menguruskan jenazah almarhumah.
Dari kanan Izzan, Idayu dan ibu almarhumah
Turut hadir Ustaz Abdul Aziz Abdullah, Yang Dipertua IKRAM Besut bersama beberapa orang delegasi mewakili IKRAM Negeri Terengganu.
Idayu (kanan) bersama delegasi wanita daripada IKRAM Terengganu
Dalam pada itu, Jawatankuasa Pusat (JKP) IKRAM menyeru ahli-ahlinya agar terus bertenang dan berdoa agar segala proses siasatan dan pengadilan berjalan dengan adil dan sebaik mungkin.