Jenayah perang di Aleppo: Hukum Syria, Iran dan Rusia!

“Laporan menunjukkan terdapat bukti jenayah dan pembunuhan beramai-ramai oleh tentera rejim dan militan Syiah ke atas rakyat Aleppo di perkampungan Bustan al-Qasr, al-Fardous, al-Kallaseh dan Salahuddin sejak Sabtu lalu,” kata Pengerusi gabungan, Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor semasa Sidang Media Solidariti Aleppo semalam.

Tambahnya, rejim tersebut menggeledah rumah, menembak mati rakyat awam yang berlindung dan melarikan diri, dan laporan menunjukkan ada wanita-wanita yang dirogol dan dibakar hidup-hidup.

“Malah, penemuan lebih 200 mayat ditemui dalam keadaan tangan terikat adalah bukti berlakunya pembunuhan kejam di Aleppo.”

Baru-baru ini juga tersebar video-video ‘SOS’ rakyat Aleppo yang merakamkan ucapan terakhir mereka kerana merasakan sudah tiba giliran mereka menjadi mangsa pembunuhan rejim itu dan merayu dunia agar berusaha keras untuk menyelamatkan mereka, begitu juga mesej terakhir anak gadis Aleppo yang medakwa ingin mengambil nyawanya kerana tidak rela dirinya jadi mangsa pemuas nafsu tentera rejim.

  

Wakil-wakil NGO Gabungan Kemanusiaan Syria dalam sidang media dan penyerahan memorandum bantahan di kedutaan Syria

“Gabungan NGO Kemanusiaan Syria mengecam serangan, pembunuhan dan tindakan tidak berperikemanusiaan rejim Bashar al-Assad dan sekutu-sekutunya ke atas rakyat awam di Aleppo dan di seluruh Syria dan mendesak agar ia dihentikan dengan serta-merta,” tegas Dr Hafidzi.

Rejim tersebut berjaya merampas timur Aleppo pada Isnin, 12 Disember setelah melakukan serangan bertalu-talu ke atas wilayah itu sejak pertengahan November yang memaksa pejuang pembebasan Syria berundur dan menyeru AS, Turki dan negara lain yang prihatin untuk menjamin keselamatan lebih 100,000 rakyat yang masih terperangkap.

“Tentera rejim dan sekutunya tidak mengecualikan penempatan awam, hospital, gudang simpanan bantuan kemanusiaan, loji bekalan air dan stesen janakuasa elektrik dalam serangan mereka.

“Gesaan kepada gencatan senjata untuk memberi laluan kepada bantuan perubatan dan kemanusiaan pula ditolak begitu sahaja,” ujar beliau.

Bagi menghentikan pembunuhan keji di Aleppo, menurut Dr Hafidzi, gabungan NGO tersebut mendesak OIC supaya mengadakan sidang tergempar dan menggesa kerajaan Malaysia menggunakan kedudukannya sebagai anggota Majlis Keselamatan PBB untuk mengenakan tekanan diplomasi ke atas Syria dan sekutunya.

Beliau bersama-sama wakil-wakil Gabungan NGO Kemanusiaan Syria serta para aktivis kemanusiaan yang terdiri daripada 23 buah NGO turut menyerahkan memorandum bantahan di Kedutaan Syria di Malaysia selepas sidang media.

Sumber: FB IKRAM for SYRIA • i4s

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia