Jemaah kurang: Imarahkan kembali masjid, surau kita

Mereka yang hadir solat berjemaah di surau dan masjid dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) masih lagi kurang walaupun telah pun dibuka dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

 

Fenomena ini turut dibangkitkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Senator Datuk Dr Zulkifli Mohamad al-Bakri pada bulan lalu dalam satu hantaran beliau di media sosialnya.

 

“Saya dimaklumkan sebentar tadi oleh Ustaz Hamdan, salah seorang imam di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin (Masjid Besi), Wilayah Persekutuan (WP) Putrajaya bahawa kehadiran jemaah masjid kurang memberangsangkan.”

 

Begitu juga dengan Masjid Negeri Perak di Ipoh. Imam Besar Masjid Negeri, Ustaz Abd Farid Salleh berkata, meskipun kerajaan negeri telah membenarkan bilangan jemaah mengikut kapasiti ruang solat utama, didapati mereka yang hadir hanyalah satu pertiga daripada jumlah sebenar sebelum ini.

 

“Itu di masjid negeri, jika di masjid-masjid kariah, saya kira jumlahnya lagi berkurangan,” jelas beliau sebagaimana yang dilaporkan oleh Sinar Harian.

 

Tambahnya, umat Islam perlu mengambil peluang kelonggaran dalam tempoh PKPP ini untuk kembali mengimarahkan masjid-masjid di kawasan masing-masing selepas hampir tiga bulan ditutup kepada orang ramai.

 

“Janganlah bersemangat untuk solat Jumaat sahaja. Solat fardu Subuh, Zuhur, Asar, Maghrib dan Isyak juga satu kewajiban. Kita sangat menggalakkan mereka datang berjemaah di masjid,” nasihat beliau.

 

Apa punca kurangnya bilangan mereka yang hadir solat berjemaah berbanding sebelum PKP ini?

 

Masih berhati-hati atau takut kemungkinan kena jangkitan COVID-19? Semua masjid dan surau sudah ada pemeriksaan suhu, penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka diwajibkan. Kebarangkalian untuk terkena jangkitan adalah sangat rendah.

 

Takut datang lewat atau tak boleh masuk sebab melebihi had yang ditetapkan? Pergilah ke sana dulu dan datang lebih awal. Belum cuba belum tahu.

 

Ikut SOP, memang perlu datang lebih awal sebelum masuk waktu solat fardu bagi memudahkan urusan mendaftar nama dan pemeriksaan suhu oleh AJK surau yang mengambil sedikit masa.

 

Sebelumnya, penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah telah berkuatkuasa selaras dengan Resolusi Dalam Talian Ahli-Ahli Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia pada 20 Mac 2020 lalu.

 

Muzakarah itu bersetuju mengambil ketetapan supaya penangguhan semua aktiviti masjid dan surau termasuk solat Jumaat dan solat berjemaah sebelum ini dilanjutkan mengikut apa-apa ketetapan yang diputuskan oleh kerajaan Malaysia dari semasa ke semasa.

 

Dengan kelonggaran melalui pembukaan masjid dan surau beserta pematuhan SOP ketika ini, Datuk Dr Zulkifli menyeru agar umat Islam di negara ini kembali mengimarahkan masjid, surau Jumaat dan surau.

 

Beliau turut menasihatkan pagar masjid dan surau juga tidak dikunci bagi memudahkan orang ramai menunaikan solat terutama bagi mereka yang bermusafir dan penghantar makanan, barangan dan pemandu e-hailing.

 

Tambahnya, amat penting bagi aktiviti masjid dan surau memasuki fasa strategi keluar, berikutan umat Islam turut menzahirkan kerinduan untuk kembali mengimarahkannya.

 

“Ramai yang merindukan masjid dan surau sebagaimana juga saya.”

 

Oleh itu, buktikan kerinduan kita kepada masjid dan surau dengan hadir solat berjemaah dan pelbagai aktiviti lain, jika ada. Ingatlah, memakmurkan masjid Allah adalah bukti keimanan kepada Allah dan hari akhirat agar seseorang itu sentiasa mendapat petunjuk-Nya.

 

“Hanya sanya yang layak memakmurkan (menghidupkan) masjid-masjid Allah itu ialah orang-orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat serta mendirikan solat dan menunaikan zakat dan tidak takut melainkan kepada Allah, (dengan adanya sifat-sifat yang tersebut) maka adalah diharapkan mereka menjadi daripada golongan yang mendapat petunjuk.” (At-Taubah: 18)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia