Program Ziarah Qurban ke Vietnam bersama Prof Madya Dr Hafidzi Mohd Noor anjuran Sekretariat Qurban Kasih Ummah (QKU) telah diadakan pada 22-26 September lalu untuk menyaksikan pelaksanaan qurban di samping menjejak sejarah kedatangan risalah Islam di sana.
Selain itu, sembilan peserta ziarah turut melawat tapak peninggalan kerajaan Champa serta tapak sejarah lain serta menziarahi kaum Cham Bani, melawat madrasah Islam pertama di Vietnam, melawat pimpinan Islam dan menyampaikan sumbangan untuk komuniti Islam di sana.
Secara keseluruhan QKU 1436H di Vietnam, program qurban telah dilaksanakan untuk 3,285 bahagian sementara program aqiqah telah dilaksanakan untuk 108 bahagian.
Hari pertama ziarah, Dr Hafidzi dan rombongan menyerahkan sedikit sumbangan hari raya kepada pelajar dan guru yang diterima oleh mudir Madrasah Darussalam, Ustaz Isa, Masjid Nourul Ehsan di wilayah Tay Ninh, satu-satunya madrasah di Vietnam dengan 194 orang pelajar. Turut diserahkan lima ekor lembu qurban hasil tajaan melalui QKU kepada pihak madrasah di samping melihat tapak baru bagi pembinaan madrasah yang lebih baik.
Foto: http://on.fb.me/1PPsCV7
Pada hari kedua, Dr Hafidzi bersama peserta ziarah melihat lembu-lembu yang bakal dikorbankan dan penempatan Melayu Champa di sini. Sebanyak 23 ekor lembu akan dikorbankan dan diagihkan kepada kira-kira 4,000 masyarakat Champa di wilayah Tay Ninh hasil sumbangan NGO, persatuan, syarikat korporat dan individu dari Malaysia termasuk lima ekor hasil tajaan melalui QKU.
Foto1: http://on.fb.me/1VpiadC
Foto2: http://on.fb.me/1j2wZ4S
Lubang busut untuk bernafas, bilik bawah tanah dan perangkap ketiak di Cu Chi Tunnel
Rombongan turut melawat peninggalan sejarah antaranya Cu Chi Tunnel yang mempamerkan khazanah peperangan termasuk bilik bawah tanah, perangkap peperangan dan terowong yang dibina oleh tentera Viet Cong dalam menghadapi tentera Amerika Syarikat dan Vietnam Selatan semasa Peperangan Vietnam (1959-1975).
Foto1: http://on.fb.me/1YQA9cn
Foto2: http://on.fb.me/1jA0LOg
Peserta ziarah seterusnya meneruskan perjalanan selama 12 jam ke perkampungan Phan Rang (dulu dikenali sebagai Pandurangga) di mana di sinilah bermulanya sejarah Islam di negara Champa (Vietnam).
Pada hari ketiga, para peserta ziarah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Muslimin di Cong Dong, Phan Rang di wilayah Ninh Thuan di samping menyempurnakan ibadah qurban lima ekor lembu melalui QKU. Dua ekor daripadanya disembelih sendiri oleh Dr Hafidzi.
Foto: http://on.fb.me/1hduWcv
Rombongan kemudian menziarahi tokoh masyarakat Champa iaitu seorang hakim, Tuan Haji Ysa (Isa) yang juga merupakan Presiden of Representative Board of Islamic Community of Ninh Thuan Province – Vietnam. Beliau menceritakan tentang sejarah Champa di Vietnam dan bagaimana Cham Bani boleh tersesat dan menyimpang daripada ajaran Islam yang sebenar.
Menurut beliau, terdapat tiga golongan Cham di Vietnam iaitu:
1. Cham Muslim: Golongan yang mengamalkan Islam yang sebenar
2. Cham Bani: Golongan yang telah tersasar dari segi akidah, ibadah dan ajaran sebenar
3. Cham Hindu: Golongan yang mengamalkan ajaran Hindu
Rombongan seterusnya dibawa melawat candi Hindu yang dibina oleh Raja Champa sebelum kedatangan Islam iaitu sekitar kurun ke-8 di mana candi yang hampir serupa dengan Candi Borobudur di Jawa.
Candi Hindu, Masjid Cham Bani dan al-Quran versi Cham Bani
Rombongan juga sempat berkunjung ke rumah dan masjid kaum Cham Bani dan melihat sendiri al-Quran yang ditulis sendiri versi Cham Bani. Semoga Allah memberi hidayah kepada mereka semua dan memberi kekuatan kepada umat Islam di Vietnam untuk kekal hidup dengan cara Islam yang sebenar dan berdakwah kepada yang lain.
Foto1: http://on.fb.me/1GjWG5N
Foto2: http://on.fb.me/1iNK3dC
Sejarah umat Islam di Champa
Tuan Haji Ysa mengesahkan bahawa dakwah Islam di Champa bermula sekitar kurun ke-10 dan juga serangan Vietnam ke atas kerajaan Champa pada kurun ke-15. Menurut Dr Hafidzi, ini adalah konsisten dengan tarikh batu bersurat Phan Rang pada tahun 1028 dan serangan Kochi (Cochin) kerajaan Annam pada kurun ke-15.
Perbandingan dengan sejarah Wali Songo menunjukkan Sunan Ampel dan Sunan Gresik yang merupakan anak kepada Maulana Malik Ibrahim dan Puteri Champa, Puteri Dyah Siti Asmara. Bapanya Prabu Kyan adalah Raja Champa yang masuk Islam di tangan Maulana Malik Ibrahim yang diambil jadi menantu.
Pertemuan dengan Tuan Haji Ysa
Pada saat Sunan Ampel dan Sunan Grisek sudah remaja, mereka ke pulau Jawa menziarahi bapa saudaranya Brawijaya yang mengahwini adik kepada ibu mereka, puteri kedua Prabu Kiyan. Ketika mereka berada di Jawa, Champa diserang dan dihancurkan.
Mereka tidak boleh pulang dan menetap di Pulau Jawa. Anak Sunan Ampel iaitu Sunan Bonang mempunyai keistimewaan sahsiah sehingga berjaya mengislahkan seorang peribadi penjahat sehingga beliau diangkat sebagai Ketua Majlis Syura Wali Songo iaitu Sunan Kalijaga. Beliau dikatakan berasal dari Tanah Melayu (Melaka).
Dalam ucapan balas, Dr Hafidzi menyampaikan harapan baik atas hubungan ukhuwah yang terjalin di mana ternyata Islam di sini ada hubungan sejarah yang panjang dan mendasar. Champa adalah tempat awal bermulanya Islam tetapi melalui fasa-fasa sejarahnya yang getir yang menjadi kewajipan bersama untuk membangunkan Islam kembali kepada kehebatannya yang asal di sini.
Foto: http://on.fb.me/1VpiQj6
Pada hari keempat, qurban lembu yang ke-10 melalui QKU telah dilaksanakan di perkampungan Kang Cu Ba di wilayah Dong Nai. Kemudian para peserta ziarah menunaikan solat Jumaat di Masjid Nourul Ehsan, wilayah Dong Nai.
Foto: http://on.fb.me/1iNKlkE