Jaulah Presiden ke IKRAM Melaka: Perkukuh Hubungan dan Semangat Dakwah

AYER KEROH – Jaulah Presiden IKRAM Malaysia ke Melaka yang diadakan pada hari Sabtu, 24 Ogos 2024 mendapat sambutan yang sangat baik daripada ahli-ahli IKRAM Negeri pelbagai peringkat.

Acara yang berlangsung di Pejabat IKRAM Melaka ini disambut dengan penuh semangat oleh lebih 80 orang ahli termasuk Yang Dipertua IKRAM Negeri Melaka, Dr. Aizaini Maarof serta teraju pimpinan Negeri, IKRAM Muda dan Wanita IKRAM. Kehadiran yang memberangsangkan ini mencerminkan komitmen ahli-ahli IKRAM Melaka terhadap usaha dakwah dan pengukuhan ukhuwah dalam kalangan pucuk pimpinan dan ahli.

Jaulah ini bertujuan mempererat hubungan antara Jawatankuasa Pusat dengan barisan pemimpin negeri dan kawasan serta ahli-ahli IKRAM Melaka. Selain itu, ia menjadi medan untuk bertukar pandangan mengenai usaha-usaha pengislahan diri dan keluarga, memperkasa dakwah fardiah serta menghuraikan peranan yang perlu dimainkan dalam masyarakat.

Presiden, Hj. Badlishah Sham Baharin menekankan bahawa setiap individu dalam IKRAM perlu berusaha mengislah diri dan keluarga, menghidupkan dakwah fardiah pada setiap masa dan bersedia mengambil tanggungjawab kepimpinan di semua peringkat.

IKRAM Melaka, di bawah kepimpinan Dr. Aizaini, telah memainkan peranan yang penting dalam membangunkan jiwa ahli-ahli, meneguhkan ukhuwah dan menyebarkan rahmah dengan menyemarakkan dakwah akar umbi. Usaha-usaha ini bukan sahaja memperkukuh IKRAM Melaka, tetapi juga memberikan impak positif kepada masyarakat setempat.

Jaulah ini juga memberi motivasi kepada ahli-ahli IKRAM Melaka untuk terus berperanan aktif dalam masyarakat serta mempersiapkan diri untuk bertemu dengan Allah dengan amal-amal terbaik. Dengan hubungan yang semakin kukuh antara pucuk pimpinan dan ahli-ahli, diharap semangat dakwah dan pengislahan diri ini dapat terus disemarakkan dalam usaha membentuk masyarakat yang lebih sejahtera dan dirahmati Allah.

Rombongan Presiden IKRAM terdiri daripada Presiden Hj. Badlishah Sham Baharin, Timbalan Presiden Jusni Yusoff, Naib Presiden Prof. Dr. Hanim Saleh, Setiausaha Agung Hj. Shahrul Aman Mohd Saari dan JKP Komunikasi Strategik Hj. Azman Abd Rashid.

Kepimpinan IKRAM Melaka terdiri dari YDP Dr Mohd Aizani Maarof, Timbalan YDP Saudara Ammar Abd Rahman, Ketua Wanita IKRAM Dr. Maimunah Fadzil, Ketua IKRAM Muda Ukhti Rufaidah Mokhtar, Setiausaha Dr. Noraini Noordin dan Bendahari Akh Abdul Karim Abdullah.

Antara acara yang dilaksanakan ialah Perasmian Pejabat IKRAM Cawangan Negeri Melaka dan Pemasyhuran Nama Ruang Pejabat serta Penyerahan Sumbangan Rahmah dari JK Kebajikan Pusat kepada ahli IKRAM Melaka yang ditimpa musibah banjir oleh Presiden Hj Badlishah Sham Baharin. Acara juga diserikan dengan persembahan montaj aktiviti yang dijalan oleh IKRAM Negeri Melaka.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia