Jangkitan malaria zoonotik ancaman baharu Malaysia

Jangkitan Malaria Zoonotik Ancaman Baharu Malaysia

SERI KEMBANGAN – Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, Malaysia sedang menghadapi ancaman baharu yang serius dalam jangkitan malaria iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik.

 

“Jangkitan di Malaysia telah meningkat dengan drastik dari 376 kes pada 2008 kepada 3,575 kes pada 2021 dan telah muncul sebagai penyebab utama kematian malaria di Malaysia sejak 2017,” ujarnya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Malaria Peringkat Kebangsaan hari ini.

 

Beliau berkata, selain jangkitan malaria manusia, Malaysia turut menghadapi ancaman baru yang lebih besar iaitu peningkatan jangkitan malaria zoonotik yang disebabkan oleh parasit Plasmodium knowlesi.

 

“Ia ditularkan dari haiwan (beruk/kera) yang merupakan perumah semula jadi bagi parasit ini kepada manusia melalui gigitan nyamuk Anopheles Sp.”

 

Tambahnya lagi, ia berbeza dengan malaria manusia, penularan jangkitan malaria zoonotik kerap berlaku di luar rumah.

 

“Peningkatan kes adalah disebabkan oleh pembukaan tanah yang pesat untuk aktiviti perladangan yang menyebabkan peningkatan pendedahan manusia kepada haiwan perumah semula jadi malaria zoonotik.”

 

Menurutnya, pada masa ini, rawatan malaria sedia ada berkesan untuk malaria zoonotik dan cabaran Kementerian Kesihatan (KKM) dalam menangani jangkitan ini adalah ketiadaan kaedah kawalan vektor yang berkesan bagi membendung penularan di luar rumah.

 

“Jika seseorang bergejala demam dan mempunyai sejarah masuk ke kawasan berisiko malaria atau baru pulang dari negara endemik malaria, perlu segera mendapat rawatan di fasiliti kesihatan. Pekerja yang terlibat dalam sektor perladangan dan perhutanan pula perlu menjalani saringan malaria secara berkala,” jelasnya.

 

Dalam pada itu, Khairy memaklumkan Malaysia telah berjaya mencapai sifar jangkitan tempatan malaria manusia untuk tahun keempat berturut-turut bermula 2018 hingga 2021.

 

“Kejayaan tersebut diperoleh hasil keberkesanan inovasi dan strategi pengurusan kes dan kawalan vektor yang dilaksanakan oleh KKM.”

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia