Agamawan jangan timbulkan polemik

SERI KEMBANGAN – Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad menasihati golongan agamawan agar menghentikan sebarang polemik yang boleh mencetuskan kekeliruan dalam kalangan masyarakat Islam.

 

“Persoalan mengenai perselisihan pandangan berkaitan isu agama, masing-masing mempunyai hujah tersendiri.”

 

Beliau berkata, bagaimanapun agamawan harus mencari jalan untuk memudahkan masyarakat memahami Islam.

 

“Kita mahu supaya agamawan ini tidak timbulkan polemik kepada masyarakat awam,” ujarnya.

 

“Sebab itu saya turun ke negeri-negeri buat program Multaqa Murabbi Ummah. Setakat ini kita telah turun di Sabah, Melaka dan Negeri Sembilan. Di Terengganu, insya-Allah minggu ini dan akan datang di Kedah dan Pulau Pinang.”

 

Idris berkata, program tersebut menghimpunkan para agamawan untuk menasihati mereka supaya membincangkan soal yang sepatutnya kepada masyarakat awam.

 

Menurutnya, golongan agamawan harus memberikan keutamaan terhadap perkara yang memberi manfaat kepada ummah.

 

Selain itu, Idris turut menasihatkan semua pihak supaya mengambil berat tentang keperluan masyarakat setempat khususnya jiran masing-masing.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia