Jangan buang bayi, dapatkan bantuan

“Walaupun pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak kerajaan dan badan bukan kerajaan untuk membendung masalah buang bayi, kejadian malang ini masih berlaku,” kata Ahli Dewan Perwakilan Nasional (DPN) Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Dr Hafidzah Mustakim.

Beliau berkata, statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) menunjukkan 115 kes pembuangan bayi dilaporkan tahun 2016 dan 59 kes sehingga Jun tahun 2017.

“Antara inisiatif yang telah dilakukan adalah program pencegahan yang dilakukan oleh pelbagai Agensi kerajaan seperti LPPKN dan juga Program Anda Bijak Jauhi Zina oleh Raudhah Sakeenah Kelantan.”

Tambahnya lagi, pelbagai Program Baby Hatch kendalian Orphancare dan Hospital KPJ juga turut telah dilaksanakan.

“Namun persoalannya, sejauh mana maklumat ini sampai ke akar umbi masyarakat?” soal Dr Hafidzah.

Menurutnya, masalah buang bayi lazimnya adalah masalah kompleks yang bertitik tolak daripada penyembunyian kehamilan hasil daripada pergaulan bebas dan akhirnya hamil di luar ikatan perkahwinan yang sah.

“Hanya pelakunya yang dapat menghentikan masalah ini daripada berulang melalui perubahan sikap dan pandangan yang benar tentang kehidupan ini secara keseluruhannya.”

Selain itu, kebiasaannya bayi seperti ini sama ada akan dibuang (abandon) atau diangkatkan (adoption) atau dijaga sendiri oleh ibu atau keluarga terdekat.

“Ini berkait rapat dengan keupayaan pelaku membuat keputusan secara rasional dengan bantuan orang sekeliling,” jelas Hafidzah.

Beliau yang juga pemilik Klinik Perdana (Cawangan Islah) berkata, ibu malang ini juga berisiko tinggi untuk mendapat kesan emosi jangka panjang seperti kemurungan dan rasa bersalah yang mencabar untuk dipulihkan yang mana akhirnya ibu itu akan menderita keseorangan menanggung akibat daripada perbuatannya.

“Kami menyeru agar semua anggota masyarakat lelaki dan perempuan yang berisiko untuk kehamilan luar nikah dan pembuangan bayi untuk segera mendapatkan bantuan samada melalui agensi kerajaan ataupun bukan kerajaan seperti Raudhah Sakeenah Kelantan kerana tidak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan.”

Tegas Hafidzah, pasangan lelaki yang merupakan rakan jenayah bersama sehingga timbulnya kes buang bayi perlu bertanggungjawab secara proaktif untuk mengelakkan masalah ini daripada berulang.

“Sesungguhnya setiap jiwa itu amat berharga dan menyelamatkan setiap jiwa adalah tanggungjawab kita bersama.”

Kredit foto: Utusan

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia