Jalani ujian mammogram kesan kanser payudara peringkat awal

Gesaan ini disampaikan oleh Ketua Jururawat LPPKN, Puan Hamizan Mustafa kepada hampir 80 peserta wanita dalam program Kempen Kesihatan Payudara & Mammogram pada 7 November lalu di Dewan Kacip Fatimah, Kompleks FAMA, RTC Tunjong anjuran Wanita IKRAM Kelantan dengan kerjasama LPPKN Kelantan. 

Menurut Ketua Jabatan Patologi Hospital Raja Perempuan Zainab II, Dr Mukarramah Che Ayub pula, kanser payudara adalah kanser yang paling banyak melanda kaum wanita di negara ini.

“Satu dalam 19 wanita berisiko untuk mendapat kanser ini sepanjang hidup mereka,” ujar beliau.

Sementara itu, 50% daripada pesakit kanser payudara jelasnya adalah dalam kalangan wanita yang berumur 50 tahun.

Dalam perkembangan yang berkaitan, hasil maklumbalas daripada peserta yang mengikuti program ini amat terkesan dengan slot perkongsian kehidupan dengan pesakit kanser payudara yang dikendalikan oleh Timbalan Ketua Wanita IKRAM, Dr Hafidzah Mustakim.

Mengangkat tema ‘Redha dan Rawat’, tiga orang pesakit kanser payudara menceritakan suka duka pengalaman mereka menghadapi ujian penyakit dan rawatan mereka dengan pendekatan positif.

Majlis diakhiri dengan perasmian penutup dan pelancaran Sahabat CakNe (Cancer Associates and Kindred Networking), sahabat sokongan pesakit kanser yang disempurnakan oleh Dr Norhani Abd Rani, Ketua Wanita IKRAM Kelantan.

Beliau turut mengajak kaum wanita di negeri ini khususnya untuk menyertai Sahabat CakNe dengan menghubungi 019-9793190.

Sumber:
1. FB IKRAM Kelantan: http://on.fb.me/1NmgnlS
2. Sinar Harian: http://bit.ly/1On872d

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia