Jalan raya sesak balik kampung? Cuba 8 tip ini

Jalan Raya Sesak Balik Kampung Tip

Musim balik kampung kembali tiba. Kali ini jalan dan lebuh raya dijangka lebih sesak. Menurut PLUS Malaysia Berhad (PLUS), jumlah trafik akan meningkat kepada dua juta kenderaan di lebuh raya itu ketika tempoh perayaan Aidilfitri bermula 29 April hingga 9 Mei ini.

Lebih banyak kenderaan akan berada di jalan dan lebuh raya dalam tempoh ini kerana tarikh cuti sekolah yang serentak dengan cuti kakitangan kerajaan dan swasta.  Selain itu, terdapat  cuti Hari Pekerja dan cuti ganti dua hari sebelum cuti hari raya. 

Tambahan pula, ramai yang mengimpikan suasana meriah menyambut hari raya bersama sanak-saudara di kampung setelah dua tahun terhalang berbuat demikian oleh Perintah Kawalan Pergerakan sepanjang  tempoh pandemik Covid-19.  

Kesesakan jalan raya merupakan mimpi ngeri bagi kebanyakan pemandu. Pastinya perjalanan balik kampung tahun ini memang mencabar. Kesesakan ini pasti merupakan sesuatu yang menggusarkan terutama bagi keluarga yang akan merentasi pelbagai negeri, seperti saya yang akan mudik dari Johor Bahru ke Kuala Perlis.

Berikut diberikan beberapa cadangan tip dan persiapan yang perlu dibuat bagi mengharungi perjalanan yang mencabar ini.

1. Rancang perjalanan

Rancang perjalanan dengan baik. Cuti yang serentak oleh sekolah dan kakitangan awam dan swasta menyebabkan agak sukar mencari window yang terbaik dari segi kebarangkalian kurang kenderaan di jalan.

Namun, keluarga di negeri  Kedah, Johor, Kelantan dan Terengganu harus memanfaatkan petang  Khamis, malam Jumaat atau awal pagi Jumaat untuk memulakan perjalanan awal agar tidak bertembung dengan  pengguna jalan raya yang hanya mula bercuti pada petang Jumaat atau hari Sabtu.  

2. Anggar masa perjalanan

Anggarkan masa perjalanan yang mencukupi dengan mengambil kira kesesakan yang bakal ditempuh. 

Untuk perjalanan rentas semenanjung, berikan dua kali ganda masa perjalanan yang biasa diperlukan pada bukan musim perayaan. Ini membolehkan kita bersabar dan tidak keluh-kesah ketika memandu.  

3. Memandu malam, awal pagi

Sebahagian pemandu yang selesa memandu pada waktu malam atau awal pagi boleh memanfaatkan waktu berkenaan yang dijangka kurang sesak, namun keselamatan harus diutamakan. Pandu hanya jika anda yakin selamat.

4. Guna peranti navigasi

Gunakan peranti navigasi seperti Waze dan Google Maps. Pada masa dahulu tanpa telefon  pintar dan aplikasi navigasi, saya merancang perjalanan dengan peta yang dibeli di stesen minyak. Kini semua itu hanya menjadi kenangan.  

Aplikasi yang canggih telefon pintar memudahkan kita mencari laluan yang terbaik. Perancangan juga harus menimbangkan menggunakan laluan alternatif termasuk jalan-jalan kampung  dan laluan pantai selain daripada lebuh raya.  

5. Elak singgah R&R

Rancang tempat singgah rehat, makan atau solat tanpa menggunakan R&R.

Pada musim perayaan seperti ini, besar kemungkinan R&R penuh sesak dengan kenderaan.  Rancanglah untuk singgah di pekan kecil di luar lebuh raya.  Bawa bekal makanan, minuman dan air bersih yang mencukupi.

Misalnya, elakkan singgah di  R&R Machap, sebaliknya manfaatkan kemudahan di pekan Simpang Renggam dan Air Hitam. Begitu juga, keluar ke Bandar Meru Raya dekat tol Jelapang lebih selesa daripada bersesak di R&R Sungai Perak.

6. Servis kenderaan

Pastikan kenderaan dalam keadaan baik, telah diservis.

Tayar dan tayar gantian serta perkakas gantian tayar dalam keadaan baik.  Pastikan juga baki kad Touch ‘n Go atau  RFID telah disi dengan amaun yang mencukupi untuk perjalanan pergi balik.  Perlu diingat, kini  tiada lagi  lorong ‘top-up’. 

7. Berhemah memandu

Memandulah dengan berhemah, bersabar dan sentiasa mengikuti undang-undang jalan raya.

8. Doa musafir

Akhir sekali jangan lupa membaca doa musafir dan memperbanyakkan zikir, istighfar dan selawat di sepanjang perjalanan kita. 

Semoga perjalanan anda dipermudahkan dan selamat ke destinasi.

 

Prof Dr Omar Yaakob
Ahli Jawatankuasa Pusat
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia