Jadilah rahmah kepada negara dan dunia

“Anda semua adalah orang-orang yang akan membawa rahmah iaitu rahmatan lil ‘alamin bukan sahaja kepada Malaysia tetapi kepada seluruh dunia dan itulah harapan para guru dan seluruh masyarakat buat anda,” ucap beliau ketika merasmikan penutup LKD 8 di Sekolah Menengah Sri Al Amin Bangi di sini.

Tambahnya, dengan kemunculan lebih ramai pejuang lantaran umat Islam yang ditarbiah secara massa, para peserta diharapkan menjadi pemimpin pelapis yang dapat membimbing dan memimpin mereka.

   

Ucapan perasmian Hj Shahrul Aman dan para peserta LKD 8

Beliau juga menasihatkan peserta supaya mempunyai niat yang suci dan ikhlas sebelum melaksanakan apa-apa projek kerana ia merupakan permulaan bagi segalanya.

“Jangan sesekali remehkan perkara ini kerana ia sangat penting. Kita tidak mahu anda membuat kerja sekadar apa yang boleh saja, tidak ada pendirian sehingga yang membawanya adalah perut dan nafsu akibat tidak ada matlamat,” tegasnya.

Pada akhir ucapan, beliau mengingatkan para peserta untuk sentiasa bersedia, istiqamah dan memainkan peranan utama dalam ukhuwah serta tidak meninggalkan perkara-perkara asas dalam dakwah. Turut hadir dalam majlis tersebut Pengarah Eksekutif IKRAM MUSLEH, Ustaz Megat Mohamed Amin Megat Mohamed Nor.

Latihan Kader Du’at 8 yang diadakan selama tiga minggu telah berakhir pada Sabtu, 4 Februari 2017 merupakan aktiviti tahunan yang melibatkan 114 pelajar lepasan SPM daripada sekolah rangkaian IKRAM MUSLEH seluruh negara.

 

SUA IKRAM, Hj Nahar dan Presiden IKRAM Siswa, Ahmad Taqiyuddin Shahriman bersama para peserta dalam lawatan ke Ibu Pejabat IKRAM

Bertujuan untuk mengisi keperluan tarbiah pelajar dan merapatkan saf, program ini juga membantu mengukuhkan serta memantapkan fikrah peserta sebagai persediaan ke modul tarbiah yang seterusnya.

Pada hari sebelumnya, para peserta turut berpeluang melawat Ibu Pejabat IKRAM bagi memperkenalkan NGO tersebut sebagai penaung bagi IKRAM MUSLEH serta menyuntik kesedaran tentang budaya berfikir dan kepimpinan dalam menguruskan aktiviti dakwah, tarbiah dan kebajikan.

Hadir memberikan penerangan Hj Nahar Md Nor, Setiausaha Agung IKRAM serta wakil-wakil JK Seberang Laut, JK Pembangunan Mahasiswa, JK Dakwah IKRAM dan IKRAM Siswa Nasional.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia