Jadi sihat dengan ilmu

“Kita nak urus kesihatan kita, mesti dengan ilmu,” kata Setiausaha Agung IKRAM, Hj. Nahar Md. Nor semasa berucap dalam majlis penutup i-Fit 2017.

Beliau memberi contoh bagaimana Ibu Pejabat IKRAM telah mengubah menu makanan yang ditempah menepati konsep suku (nasi), suku (lauk), separuh (sayur dan buah) pada sebiji pinggan berdasarkan neraca ilmu.

Tambah beliau, untuk menjadi sihat, semua aspek kesihatan mesti diambil kira merangkumi tubuh badan, rohani serta minda dan emosi.

“Amalan-amalan untuk menjaga sistem-sistem tubuh badan kita (ialah dengan) riadah, amalan pemakanan sihat dan tidur yang cukup.”

Beliau berkongsi tip pemakanan sihat antaranya tidak makan berat sebelum tidur, mengurangkan penggunaan gula dan mengamalkan minum air bali.

Dalam aspek kesihatan rohani pula, Nahar menekankan kepentingan memelihara ibadah fardu dan sunat secara konsisten serta menjaga hubungan dengan Allah SWT dan manusia.

Beliau menyarankan supaya kakitangan IKRAM mempelajari teknik menguruskan emosi supaya dapat mengawalnya samada dalam keadaan marah, resah, sedih, cinta dan lain-lain.

“Jangan jawab mesej atau tulis status dalam keadaan emosi tidak stabil,” katanya berkongsi tip urus emosi di media sosial.

Ujarnya, pengguna perlu bertenang sebelum menjawab status atau tulisan yang boleh mengganggu emosi dan menimbulkan kemarahan memandangkan media sosial menjadi punca stres pada masa kini.

Beliau turut menggesa agar berkongsi masalah dengan sahabat rapat sebagai sebahagian daripada penyelesaian masalah tersebut, mengambil tip daripada pakar motivasi popular, Dale Carnegie.

Dalam ucapan itu juga, Nahar mengucapkan tahniah kepada pihak urusetia i-Fit 2017 yang berjaya menggerakkan kempen ini selama enam bulan demi menjaga kesihatan para kakitangan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia