J2IPT dedah realiti, tip belajar dan persediaan ke universiti

Program khas selama dua hari anjuran Jawatankuasa Pembangunan Mahasiswa IKRAM dan IKRAM Siswa Nasional ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang realiti belajar di Institut Pengajian Tinggi (IPT) di samping tip belajar yang strategik sebagai persediaan awal mereka menghadapi alam universiti.

   

Bersama Dr Harlina, Syed Faizal dan Hafiz Bai

Bertemakan “Blooming Out of Mediocrity”, seramai 30 peserta J2IPT didedahkan dengan perkongsian menarik daripada Pakar Perunding O&G, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, ahli akademik UPM, Prof Dr Mohd Ali Hassan (gambar utama), pakar motivasi Syed Faizal dan Coach IKRAMTeens Hafiz Bai.

Menurut Ketua fasilitator J2IPT, Syafiq Shahidan, program ini mempunyai objektif agar peserta mempunyai satu persiapan yang lebih awal untuk menghadapi suasana universiti, bukan sahaja dalam aspek akademik, tetapi juga dalam aspek nilai-nilai murni, ko-kurikulum dan tarbiah diri.

Dalam program ini juga, peserta berkenalan sesama mereka dalam slot “Knowing Me Knowing You”, mengetahui tip belajar melalui slot “NLP For Academic Excellence”, dan juga mempelajari tip pengurusan masa di universiti. Aspek rohani juga tidak dilupakan di mana peserta dikehendaki solat berjamaah, berzikir dan juga melaksanakan qiyamullail.

Turut diadakan forum mahasiswa bertajuk “Menggapai Kejayaan Sebenar Mahasiswa” (gambar kanan) yang menampilkan tiga tokoh akademik mahasiswa iaitu Jufazli Shi Ahmad, Muna Majidah Zameran dan Fatin Nadia Rusli yang berkongsi pengalaman dan aspirasi mereka bersama-sama dengan peserta program.

Rata-rata yang hadir menyatakan program J2IPT dilihat sebagai sebuah program yang sangat membantu mereka bagi mengenal pontensi diri dan sebagai panduan mereka yang bakal menepuh dunia pengajian peringkat sarjana muda.

“Kita doakan adik-adik peserta kita yang telah mengikuti program ini berjaya di IPT nanti khusus dalam bidang akademik dan yang lebih penting daripada itu, adalah tarbiah dan juga sahsiah diri, insya-Allah,” ujar Syafiq.

Video: http://bit.ly/1WG58GJ

Foto: http://on.fb.me/1fqUP7z

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia