Isu Rasuah Bekas Panglima Tentera Darat: Teruskan Siasatan Secara Menyeluruh

Isu Rasuah Bekas Panglima Tentera Darat: Teruskan Siasatan Secara Menyeluruh

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) memandang serius perkembangan siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan seorang bekas Panglima Tentera Darat Malaysia berkaitan dakwaan salah guna kuasa dan penyelewengan dalam projek perolehan ketenteraan.

IKRAM ingin menegaskan bahawa usaha SPRM dan agensi penguat kuasa dalam menyiasat kes ini wajar disokong sepenuhnya dan dilaksanakan secara tegas, telus serta bebas daripada sebarang campur tangan. Prinsip akauntabiliti dan integriti mesti ditegakkan tanpa mengira kedudukan, pangkat atau latar belakang individu yang terlibat.

Tentera merupakan benteng pertahanan utama negara dan simbol kedaulatan serta keselamatan rakyat. Justeru, sebarang penglibatan unsur rasuah dalam institusi pertahanan bukan sekadar isu kehilangan wang awam, malah berpotensi menjejaskan keselamatan negara, kesiapsiagaan pertahanan dan kepercayaan rakyat terhadap institusi strategik negara.

Dari perspektif Islam, rasuah dalam sektor pertahanan memberi kesan langsung terhadap pemeliharaan Maqasid Syariah, khususnya:

  1. Hifz al-Nafs (Pemeliharaan nyawa) – apabila kelemahan sistem pertahanan boleh mengancam keselamatan rakyat.
  2. Hifz al-Mal (Pemeliharaan harta) – melalui penyelewengan wang awam.
  3. Hifz al-Daulah (Pemeliharaan negara) dan kestabilan masyarakat – prasyarat kepada kehidupan yang aman dan sejahtera.

IKRAM menegaskan bahawa rasuah bukan isu individu semata-mata, tetapi penyakit sistemik yang merosakkan asas negara jika tidak ditangani dengan berani dan konsisten.

Oleh itu, IKRAM menggesa agar siasatan ini diteruskan secara menyeluruh, dan sebarang salah laku dibawa ke muka pengadilan demi keadilan dan maslahat rakyat.

Tidak sekadar menjadi pemerhati, Kempen Integriti dan Antirasuah (KIAR) yang digerakkan IKRAM bersama Rasuah Busters adalah antara usaha bagi meluaskan kesedaran masyarakat tentang kepentingan integriti dan bahayanya rasuah kepada masa depan negara.

IKRAM percaya bahawa usaha memerangi rasuah secara tuntas adalah sebahagian daripada amanah besar membina Malaysia sebagai Negara Rahmah, berteraskan keadilan, integriti dan tadbir urus yang beretika.

Mohd. Hafiz Abd. Hamid
Setiausaha Agung
Pertubuhan IKRAM Malaysia

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia