Isu Palestin ‘Game Changer’ yang Merubah Dunia

Isu Palestin ‘Game Changer’ yang Merubah Dunia | IKRAM

KUALA LUMPUR – Lebih kurang seribu rakyat hadir menyatakan protes secara aman terhadap kekejaman rejim Israel kepada rakyat Palestin di Himpunan Mega Rakyat Bersama Palestin pada Sabtu, 2 Mac yang lalu, anjuran Sekretariat Solidariti Palestin (SSP).

Perhimpunan yang bermula di Menara Tabung Haji pada lebih kurang 2 petang berarak ke Kedutaan Amerika bagi menyatakan bantahan terhadap kerajaan Amerika, yang menjadi sekutu kuat pihak Israel dalam tindakannya melakukan pembunuhan beramai-ramai terhadap rakyat Palestin. 

Para peserta yang hadir mengibarkan bendera Palestin dan membawa sepanduk bertemakan “Hentikan Genosid” dan “Gencatan Senjata Sekarang”. Turut juga kelihatan sepanduk-sepanduk yang menyatakan keprihatinan berhubung kekejaman dan penindasan terhadap rakyat Palestin yang telah berlanjutan sekian lama.

Salah seorang peserta perhimpunan, Atriza Umar yang telah hadir seawal pukul 1 tengah hari dan berjalan hampir 20,000 langkah dalam himpunan ini bagi mengingati penderitaan dan menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Mengulas lanjut, beliau menyatakan Isu Palestin ini bukan hanya tentang umat Islam saja tetapi ia lebih kepada kemanusiaan.

“Himpunan ini membuktikan warna kulit, berbeza agama mahupun kaum tetap inginkan kedamaian dan bencikan kezaliman serta penindasan.”

Laungan peserta menggegarkan jalanan menuntut keadilan dan kebebasan buat rakyat Palestin. Ada peserta yang datang berkeluarga bersama anak-anak. Kelihatan juga peserta yang membawa gendang, menggamatkan lagi perhimpunan bantahan. Terdapat rombongan bas peserta yang hadir dari Utara dan Seremban semata-mata untuk hadir himpunan ini. 

Salah seorang peserta rombongan Kedah, Raja Azliza berkata, mereka datang untuk tunjukkan solidariti bersama rakyat Palestin.

Manakala peserta dari Bandar Baru Bangi, Fazlin Abu berkata, beliau hadir sebagai sokongan kepada rakyat Palestin yang sedang melalui krisis kemanusiaan.

Perarakan dari Jalan Tun Razak menuju ke KLCC dan seterusnya menyusuri Jalan Tuanku Abdul Rahman sebelum berkumpul di destinasi akhir, Padang Merbok sekitar pukul 4.30 petang bagi mendengar ucapan daripada beberapa pemimpin politik, aktivis dan badan bukan kerajaan (NGO). 

Perjalanan lebih lima kilometer ini diikuti oleh rakyat daripada pelbagai latar belakang menjadi lambang solidariti masyarakat Malaysia dalam isu kemanusiaan ini. 

Presiden Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Hj Badlishah Sham Baharin menyeru agar Isu Palestin kekal dihidupkan dan jangan dibiarkan merundum ke bawah. 

“Sebenarnya isu Palestin yang berada di depan mata kita adalah ‘game changer’ yang merubah dunia.”

Tegasnya, masyarakat membawa mesej keadilan, pembebasan dan keamanan kepada seluruh dunia. Jelas beliau, ini peluang besar untuk kita membawa mesej yang terkandung dalam ajaran al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.

“Walaupun himpunan Malaysia tidak nampak sebesar seperti di Eropah atau Asia Barat, namun berdasarkan maklum balas yang banyak daripada sahabat-sahabat di Palestin menyatakan,  perhimpunan-perhimpunan seperti ini memberi semangat dan nyawa kepada rakyat Palestin untuk terus berjuang dengan agenda membina semula negara Palestin yang berdaulat,” kata Setiausaha Agung IKRAM, Shahrul Aman Mohd Saari yang turut hadir dalam himpunan tersebut.

Menurutnya lagi, usaha-usaha seperti ini dapat memberikan tekanan kepada pemimpin di dalam negara dan luar negara, terutamanya di tempat keputusan berhubung isu Palestin dibuat. 

“Kita mahu semua pemimpin di seluruh dunia tahu bahawa tekanan masih berdenyut dalam masyarakat.”  

Beliau yakin gelombang yang dibawa pada perhimpunan tersebut akan sampai mesejnya kepada kepimpinan di luar negara. 

“Kita perlu membesarkan pakatan atau persahabatan antara semua pihak yang ingin membawa kebenaran perjuangan isu orang Palestin dan agenda ini harus dibesarkan pengaruhnya.” 

Tambahnya, mutakhir ini  isu rakyat Palestin semakin diterima dan disokong baik oleh negara-negara ASEAN termasuk yang bukan Islam.

“Isu ini bukan isu orang Islam sahaja, tetapi isu kemanusiaan,” tegas Shahrul Aman.

Himpunan ini mendapat kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) yang membantu mengawal laluan trafik dan keselamatan. 

Perhimpunan berlangsung dengan aman dan tiada insiden yang tidak diingini terjadi sepanjang perhimpunan. 

Turut hadir berucap Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu, Ahli Dewan Negara Senator Datuk Seri Dr Mujahid Yusof, mantan Ahli Parlimen Nurul Izzah Anwar, Pengerusi BERSIH 2.0 Muhammad Faisal Abdul Aziz, Penasihat Kehormat MyCARE Dr Hafidzi Mohd Noor, Penasihat Kehormat Malaysian Women’s Coalition for Al-Quds and Palestine (MWCPQ) Dr Fauziah Mohd Hasan dan wakil BDS Malaysia Khalid Jimat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia