Isu Jerebu: Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Ke-23

Isu Jerebu: Malaysia Tuan Rumah Mesyuarat Ke-23 | IKRAM

SERI KEMBANGAN – Malaysia menjadi tuan rumah Mesyuarat Ke-23 Technical Working Group (TWG) dan Sub-Regional Ministerial Steering Commitee (MSC) berkaitan Pencemaran Jerebu Merentas Sempadan pada hari ini dan esok secara dalam talian.

“Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN,” kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man.

Mesyuarat lima negara iaitu Brunei, Indonesia, Malaysia, Singapura dan Thailand membincangkan strategi pencegahan dan mitigasi pencemaran jerebu merentas sempadan.

“Saya akan mempengerusikan mesyuarat ini dan delegasi Malaysia akan diketuai oleh Timbalan Menteri Alam Sekitar dan Air.”

Dalam kenyataannya itu, beliau berkata, para Pegawai Kanan KASA, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Tenaga dan Sumber Asli, Jabatan Alam Sekitar, Jabatan Meteorologi, Jabatan Peguam Negara dan lain-lain jabatan agensi berkaitan, akan turut bersama.

Dalam perkembangan lain, beliau berkata, sebanyak 4,111 aduan melibatkan pencemaran direkodkan dalam tempoh enam bulan bermula Januari hingga 30 Jun lalu.

“Daripada jumlah itu, lebih 80 peratus aduan diterima membabitkan pencemaran udara atau pembakaran terbuka,” kata Tuan Ibrahim.

Menurutnya, kebanyakan pencemaran yang dilaporkan berada di kawasan kilang yang terletak di sepanjang sungai.

“Secara keseluruhannya, aduan melibatkan kawasan kilang sepanjang sungai. Terdapat dua kawasan zon industri agak terkawal.”

Berikutan itu, kementeriannya bercadang untuk membangunkan satu sistem penapisan berpusat sebelum kilang ini ‘discharge’ ke sungai untuk rawat di situ dahulu.

“Yang kedua agak kritikal di kawasan kilang-kilang haram di tepi sungai dan sebagainya dan kita minta pihak PBT dan agensi berikan kerjasama yang amat baik untuk kawal benda-benda macam ini,” katanya.

Pihaknya memandang serius isu berkenaan dan tidak akan berkrompromi dengan mana-mana pihak yang dikesan melakukan kesalahan itu.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia