Isu Buli: Wanita IKRAM Gesa Tindakan Tegas, Pendekatan Menyeluruh

Isu Buli: Wanita IKRAM Gesa Tindakan Tegas, Pendekatan Menyeluruh

Wanita IKRAM Malaysia Menuntut Tindakan Tegas dan Pendekatan Menyeluruh Tangani Isu Buli di Sekolah dan Masyarakat 

Wanita IKRAM Malaysia memandang serius terhadap peningkatan kes-kes buli yang semakin membimbangkan, khususnya melibatkan golongan remaja dan pelajar sekolah.

Dalam tempoh yang singkat baru-baru ini, dua insiden buli yang tular telah mencetuskan perbincangan hangat dalam kalangan masyarakat — termasuk kematian tragis seorang pelajar perempuan yang ditemui koma di asrama sekolah, serta satu lagi kes melibatkan pelajar senior yang membuli secara fizikal.

Kedua-dua insiden ini bukan sahaja mencetuskan kemarahan rakyat, malah menyaksikan kecederaan serius dan trauma yang tidak sepatutnya berlaku dalam sistem pendidikan negara.

Berdasarkan data daripada Kementerian Pendidikan Malaysia, kes buli sekolah meningkat dari 3,887 pada tahun 2022 kepada 4,994 kes menjelang Oktober 2023[1],[2],[3]. Bilangan pelajar yang terlibat pula mencapai 11,594 orang. Ini menunjukkan bukan sahaja peningkatan kuantitatif, malah mencerminkan kegagalan sistemik untuk melindungi pelajar.

Buli bukan sekadar konflik antara pelaku dan mangsa. Ia adalah gejala sosial yang memberi kesan mendalam terhadap kesejahteraan emosi, mental dan sosial terutamanya kepada mangsa yang mungkin menanggung trauma berpanjangan, kemurungan, keciciran dalam pendidikan dan kehilangan keyakinan diri.

Apa yang lebih membimbangkan, budaya buli ini semakin menular kerana tiadanya tindakan kolektif yang jelas dan tegas daripada pelbagai pihak.

Kami percaya bahawa salah satu faktor utama yang menyebabkan buli berterusan adalah kewujudan lebih ramai pemerhati pasif (bystanders) berbanding individu yang berani bertindak. Ramai memilih untuk berdiam diri, merakam atau tidak berbuat apa-apa atas alasan takut, tidak mahu terlibat atau tidak tahu cara bertindak.

Sedangkan, keberanian untuk menghentikan buli bukan hanya terletak pada mangsa, tetapi juga pada mereka yang berada di sekeliling dan menyaksikannya.

Justeru itu, Wanita IKRAM Malaysia mendesak agar pendekatan menyeluruh dan sistematik segera diambil bagi menangani isu buli secara berkesan. Antara cadangan yang ingin dikemukakan:

1. Polisi Anti-Buli yang Tegas dan Konsisten di Semua Sekolah

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu memastikan semua sekolah mempunyai dasar anti-buli yang jelas, disampaikan dengan berkesan kepada seluruh warga sekolah, dan dilaksanakan tanpa kompromi.

2. Latihan & Intervensi untuk Guru dan Kakitangan Sekolah

Guru, kaunselor dan staf perlu diberikan latihan berkala untuk mengesan tanda-tanda awal buli, mengurus kes buli secara profesional, serta memberi sokongan kepada mangsa dan pelaku untuk pemulihan.

Guru besar juga memainkan peranan penting dalam membentuk budaya sekolah yang selamat dan tegas terhadap buli. Kepimpinan yang peka dan bertindak akan memberi mesej: buli tidak akan diterima.

3. Melibatkan Ibu Bapa dan Komuniti dalam Pendidikan Anti-Buli

Pendidikan mengenai empati, keberanian moral dan tanggungjawab sosial perlu melibatkan ibu bapa serta komuniti setempat agar mesej pencegahan buli tidak terhenti di dalam pagar sekolah semata-mata.

4. Kempen Menjadi ‘Upstander’, Bukan Sekadar ‘Bystander’

Pendidikan awam harus memfokuskan kepada membentuk masyarakat yang berani menegur, melaporkan dan membantu menghentikan perbuatan buli bukan yang sekadar memerhati.

Mangsa tidak boleh dibiarkan bersendirian menanggung penderitaan. Kita perlu membina budaya yang menyokong keberanian untuk bersuara dan bertindak demi melindungi mangsa.

Namun dalam menggalakkan keberanian ini, penting untuk diwujudkan mekanisme yang melindungi upstander, individu yang tampil bersuara. Ramai memilih untuk berdiam diri bukan kerana tidak peduli, tetapi kerana takut menjadi sasaran seterusnya atau dibalas secara sosial mahupun emosi.

Kita perlu membina budaya yang menyokong keberanian untuk bersuara dengan selamat, serta memastikan sistem sokongan sedia ada tidak membiarkan yang membantu menjadi mangsa pula. Keberanian mesti dilindungi, bukan dihukum.

5. Kerjasama Antara Kementerian, PDRM dan NGO

Kerjasama strategik antara kementerian berkaitan, Polis Diraja Malaysia serta NGO perlu diperkukuh bagi merangka langkah pencegahan dan intervensi yang lebih berkesan dan menyeluruh.

Wanita IKRAM Malaysia menegaskan lagi sekali bahawa menangani budaya buli memerlukan keberanian moral, ketegasan dasar serta penglibatan aktif semua pihak.

Ia bukan sekadar tanggungjawab sekolah atau mangsa, ia adalah tanggungjawab bersama untuk mewujudkan persekitaran yang lebih selamat, berempati dan menyokong demi masa depan generasi muda kita.

Hentikan buli. Beranikan diri untuk bersuara.

 

Dikeluarkan oleh:
Pn. Nurhakimah Mohamud
Naib Ketua Wanita IKRAM Malaysia
JK Advokasi Kanak-kanak

Rujukan:

[1] https://says.com/my/news/education-ministry-reveals-there-were-4-994-school-bullying-cases-so-far-in-2023

[2] https://says.com/my/news/education-ministry-reveals-there-were-4-994-school-bullying-cases-so-far-in-2023

[3] https://suhakam.org.my/ms/category/press-statement/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia