Israk Mikraj: Mengapa Maha Mendengar, Maha Melihat?

Israk Mikraj: Mengapa Maha Mendengar, Maha Melihat? | IKRAM

Telah diceritakan kepada kita tentang satu kisah yang sangat agung dan mustahil untuk manusia biasa mengalaminya melainkan seorang nabi.

Keajaiban ini membuatkan Khalifah Abu Bakar r.a. digelar sebagai as-Siddiq. Dalam al-Quran, Allah merakamkan kisah ini dalam Surah al-Israa’ ayat pertama.

سُبْحَـٰنَ ٱلَّذِىٓ أَسْرَىٰ بِعَبْدِهِۦ لَيْلًۭا مِّنَ ٱلْمَسْجِدِ ٱلْحَرَامِ إِلَى

 ٱلْمَسْجِدِ ٱلْأَقْصَا ٱلَّذِى بَـٰرَكْنَا حَوْلَهُۥ لِنُرِيَهُۥ مِنْ ءَايَـٰتِنَآ ۚ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلسَّمِيعُ ٱلْبَصِيرُ

Maha Suci Allah yang telah menjalankan hamba-Nya (Muhammad) pada malam hari dari Masjid Al-Haram (di Makkah) ke Masjid al-Aqsa (di Palestin), yang Kami berkati sekelilingnya, untuk memperlihatkan kepadanya tanda-tanda (kekuasaan dan kebesaran) Kami. Sesungguhnya Allah jualah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Apabila melihat ayat ini, antara perkara yang sedikit pelik adalah mengapa Allah memberitahu Dia adalah Maha Mendengar dan Maha Mengetahui? 

Sedangkan kisah Israk dan Mikraj ini merupakan perkara yang ajaib dan sepatutnya Allah menggunakan Maha Berkuasa kerana kehebatan dan kekuasaan yang Allah lakukan terhadap Nabi Muhammad SAW.

Persoalan ini kita akan dapat faham apabila kita mengetahui latar belakang berlakunya kisah Israk Mikraj ini.

Terdapat empat kisah yang sangat penting berlaku terhadap Nabi sehinggakan berlakunya peristiwa Israk dan Mikraj yang mampu menerangkan bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Mengetahui.

Pertamanya adalah kisah kewafatan isteri tercinta Nabi Muhammad SAW yang bernama Khadijah r.a. Kewafatan Khadijah membuatkan baginda sangat sedih dan terluka kerana Khadijah banyak membantunya ketika susah, apatah lagi ketika senang.

Khadijah r.a. juga merupakan isteri Nabi yang sangat banginda cintai dan sayangi. Terlalu banyak kisah yang boleh diceritakan tentang pengorbanan Khadijah sehingga membuatkan Nabi begitu sedih atas kematian Khadijah.

Kemudian, peristiwa kematian bapa saudara baginda, Abu Talib. Walaupun beliau bukan seorang muslim, tetapi jasa beliau terhadap penyebaran Islam sangat besar kerana selalu menjaga Nabi ketika baginda menyebarkan Islam di Makkah.

Apabila wafatnya bapa saudara Nabi ini, sudah tidak ada yang mampu melindungi baginda sebagaimana Abu Talib ini melindunginya. Perkara ini yang membuatkan baginda sedih terhadap kematian Abu Talib.

Apa yang lebih menyedihkan ialah Abu Talib mati dalam keadaan beriman dengan agama Abdul Muttalib. Sehinggakan, baginda ditegur oleh Allah kerana meminta ampun untuk Abu Talib sedangkan Abu Talib jelas tidak mahu memilih Islam.

Selepas itu, peristiwa lain yang berlaku sebelum berlakunya Israk Mikraj ialah pemulauan dan sekatan ekonomi Quraisy terhadap orang-orang Islam. Perkara ini benar-benar menekan dan menghimpit bukan sahaja Nabi, malah orang yang beriman ketika itu.

Orang beriman terpaksa makan daun pokok dan kulit untuk terus hidup sepanjang berlakunya sekatan ekonomi ini. Derita yang mereka rasakan sangat memberi kesan kepada Nabi SAW.

Akhir sekali, peristiwa penting yang berlaku sebelum terjadinya Israk Mikraj ialah peristiwa di Taif. Peristiwa Taif ini benar-benar telah melukai Nabi SAW. Aishah r.a., isteri Nabi pernah bertanya kepada baginda, “Ada atau tidak hari yang lebih berat untuk kau tanggung berbanding hari Uhud?”

ini kerana dalam peperangan Uhud, ramai sahabat Nabi hatta bapa saudaranya, Hamzah r.a. juga syahid ketika itu.

Akan tetapi, Nabi SAW menyebutkan hari peristiwa Taif lagi menyedihkan dan berat kerana ketika itu seolah-olah dakwahnya telah disekat sehingga baginda takut agama Islam tidak lagi mampu disebarkan. 

Ini adalah empat kisah yang benar-benar menyedihkan Nabi SAW dan kerana itu jugalah baginda dihadiahkan dengan Israk dan Mikraj. 

Kisah ini telah menjawab persoalan kita kenapa Allah SWT menggunakan nama-Nya Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Ini kerana Allah SWT tahu Nabi SAW dalam kesedihan yang amat sangat dan baginda banyak berdoa pada Allah sehingga dihadiahkan dengan peristiwa yang ajaib.

Kita juga manusia biasa, pasti juga ada kesedihan yang menimpa diri kita. Oleh itu, kita wajib percaya bahawa Allah itu Maha Mendengar dan Maha Melihat.

Allah SWT mendengar doa dan rintihan hamba-hamba-Nya sehinggakan dalam satu hadis disebutkan bahawa:

Sesungguhnya Tuhanmu adalah ‘sangat malu’ lagi Maha Pemurah, Dia berasa malu kepada hamba-Nya yang menadahkan kedua-dua tangannya kepada-Nya, kemudian ditolak-Nya sama sekali atau sia-sia.” (HR Ibnu Majah, No. 3865, Hadis Hasan)

Irham Masiri
Guru

Rujukan: 
Israk dan Mikraj: Peristiwa yang Diabadikan dalam al-Quran, Prof. Dr Muhamad Rozaime Ramle

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia