ISC ’17 pemangkin minat Bahasa Inggeris

Pertandingan anjuran Panitia Bahasa Inggeris SRIH ini disertai oleh 17 sekolah rendah sekitar Johor Bahru, bertujuan meningkatkan kebolehan mengeja seterusnya mengembangkan kemahiran penggunaan Bahasa Inggeris dalam kalangan murid.

Selain itu, program ini juga menggalakkan minat membaca kerana murid perlu membaca pelbagai bentuk bahan bacaan Bahasa Inggeris dalam persediaan menghadapi pertandingan.

Pertandingan yang mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) dan Pejabat Pendidikan Daerah Johor Bahru (PPDJB) ini telah disempurnakan penutupnya oleh Timbalan Pengerusi Lembaga Pengelola Hidayah, Prof Dr. Mohd. Aizaini Maarof.

Turut hadir Ketua Eksekutif Kewangan Pusat Pendidikan Hidayah, Hj. Hatta Hushin, Guru Besar SRIH Hjh. Rohaida Ridzwan, Guru Besar SRIH Batu Pahat Hjh. Norhasidah Kusnin, Pengarah ISC’17, En. Mohamad Fadzil Edris serta jawatankuasa pengurusan sekolah.

Pertandingan ini dimenangi Ong Jun daripada SJK(C) Ming Terk, naib johan diraih Tan Sam Hann daripada SJK(C) Foon Yew 2 dan Ajjay Naidu A/L Naidu daripada SK Taman Perling mendapat tempat ketiga.

Sementara itu, Kelvin Nathans A/L Loganathan daripada SJK(T) Taman Tun Aminah dan Asma Amanina daripada SRIH masing-masing meraih tempat keempat dan kelima.

Tahniah kepada semua warga Hidayah termasuklah guru-guru dan kakitangan sokongan yang menyokong dan menjayakan program ini. Semoga program ini dapat diteruskan pada masa hadapan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia