Integriti: Antara kejayaan atau kegagalan negara

Perkara ini merupakan satu barah dan penyakit yang berlaku dalam masyarakat Malaysia yang kita cintai ini. Nilai integriti ini tidak dilihat sebagai satu nilai yang penting dalam membangunkan sesebuah negara walhal nilai integriti inilah yang akan membawa kepada berjaya atau gagalnya sesebuah negara itu.

Kita boleh melihat sejarah bagaimana kejayaan sebuah negara itu kerana nilai integriti yang wujud dalam diri seseorang pemimpin. Ketika Abu Bakar radiyallahuanhu dilantik menjadi khalifah Muslimin, beliau ada menyebut ketika memberi ucapan kepada semua orang dan sangat signifikan tentang nilai integriti yang kita perjuangkan. Setelah memuji Allah, beliau berkata: 

“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dipilih sebagai pemimpin atas kalian, padahal aku bukanlah yang terbaik. Jika aku berbuat kebaikan, bantulah aku dan jika aku berbuat keburukan, luruskanlah aku. Kejujuran itu adalah amanah sedang dusta adalah satu pengkhianatan. 

“Orang yang lemah antara kalian adalah kuat di sisiku hingga aku dapat mengembalikan haknya kepadanya. Sebaliknya, orang yang kuat antara kalian adalah lemah hingga aku mengambil yang merupakan kewajipan baginya. 

“Taatilah aku sepanjang aku mentaati Allah dan Rasul-Nya. Tetapi jika aku bermaksiat kepada Allah dan Rasul-Nya, tidak ada kewajipan atas kalian terhadapku.”

Beginilah tegasnya Abu Bakar tentang nilai integriti ini sehigga menjadikan nilai ini sebagai perkara utama yang beliau ucapkan di hadapan kaum Muslimin. Apabila nilai ini telah wujud pada seseorang pemimpin, rakyatlah yang akan merasai keamanannya.

Kemudian kita lihat bagaimana apabila hilangnya nilai Integriti ini, akan menyebabkan kegagalan dan kemunduran sesebuah negara. Kita sering mendengar bahwa kekalahan tentera Melaka kepada Portugis adalah kerana kelemahan pertahanan serta penggunaan senjata yang ketinggalan dengan Portugis.

Tanggapan ini adalah tanggapan yang salah sama sekali, sejarah telah merekodkan bahawa orang Melayu ketika itu telah menggunakan senapang yang hebat dan mempunyai tentera bergajah yang mampu mengalahkan tentera Portugis.

Akan tetapi, apalah ertinya mempunyai kecanggihan andai tiada integriti pada rakyatnya. Berdasarkan catatan Portugis, angkatan tentera Melaka tewas kepada Portugis kerana pengkianatan pembesar-pembesar Melaka sendiri. Inilah punca dan sebab utama mengapa Melaka yang gah bangunan dan teknologinya jatuh ke tangan Portugis dalam peperangan yang berlaku pada tahun 1511.

Segelintir daripada pembesar Melaka telah terpengaruh dengan habuan dunia yang ditawarkan oleh Portugis dan mereka membocorkan maklumat sulit tentang pertahanan Melaka. Selain itu, segelintir pedagang-pedagang asing juga telah berkomplot dengan Portugis secara rahsia dan mereka telah menghulurkan bantuan kepada Portugis.

 Kekalahan Melaka juga disebabkan kelemahan Sultan Melaka yang terakhir dalam mentadbir negara Iaitu Sultan Mahmud Syah. Baginda dikenali sebagai suka mengambil tindakan secara terburu-buru dan mudah dipengaruhi dengan fitnah yang dilontarkan segelinir pembesar Melaka yang berada di sekelilingnya.

Tun Seri Lanang menukilkan bahawa antara punca kekalahan Melaka kepada Portugis ialah apabila Sultan membunuh Bendahara yang berwibawa tanpa usul periksa. Setelah itu, tahulah sultan bahawa Si Kitul dan Raja Mandaliarlah yang telah menyebarkan fitnah dan melakukan khianat kepada raja dan Melaka.

Beginilah petingnya nilai integriti ini yang perlu wujud dalam setiap pemimpin negara bahkan dalam setiap masyarakat di Malaysia. Nilai integriti ini tidak mampu dibeli dengan harta dan wang ringgit, tetapi wang dan harta mampu menghancurkan nilai integriti.

Marilah bersama-sama kita membina nilai integriti ini dalam diri setiap masyarakat di Malaysia demi menjadikan Malaysia sebagai sebuah Negara Rahmah.

Irham bin Masiri
Timbalan Pengerusi Persatuan Belia Harmoni UM
Pelajar Tahun 3 Sejarah Tamadun Islam UM

Rujukan:

  1. Teknologi Kesultanan Melaka, Hasanuddin Yusof, 2017
  2. Ringkasan Bidayah Wan Nihayah, Imam Ibnu Katsir

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia