Integrasi nasional: Pertandingan filem pendek tawar hadiah RM5,000

Pertandingan ini dianjurkan oleh Pusat Pembangunan Kebudayaan Lim Lian Geok (LLG) dengan penganjur bersama iaitu Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation dan Jaringan Orang Asal SeMalaysia (JOAS) bertemakan ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’.

Selain itu, turut ditawarkan ialah hadiah tempat kedua berupa wang tunai RM2,200, tempat ketiga RM1,200, Hadiah Cemerlang untuk beberapa buah filem RM700 dan dan Hadiah Paling Popular Online berjumlah RM600.

Pertandingan filem pendek ini diadakan sebagai peringatan penyampaian perutusan ‘Persoalan Pembinaan Jiwa’ oleh tokoh pendidikan Cina, Mendiang Lim Lian Geok dalam Utusan Melayu sempena Hari Raya Aidilfitri pada tahun 1956 yang kini menyambut ulang tahun ke-60 pada tahun ini.

Dalam perutusan tersebut, beliau bercadang bahawa setiap kaum perlu meningkatkan ‘pembinaan jiwa’, kerana ia adalah asas segala pembangunan. Beliau juga menyeru supaya setiap kaum memegang falsafah ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’ dalam perjuangan membina negara yang baru.

Mendiang juga yakin bahawa suatu kaum yang pada masa itu mundur kebudayaan dan ekonomi, berpeluang untuk mengejar kaum-kaum lain yang telah maju dengan syarat polisi yang diguna pakai oleh pemerintah adalah adil dan baik.

Menyeru agar semua rakyat tanpa mengira kaum bersatu padu membangunkan negara atas falsafah tersebut, mendiang mengingatkan guru-guru sekolah Cina supaya tidak mengabaikan tanggungjawab memupuk sikap cintakan negara dalam kalangan pelajar.

Dengan adanya pertandingan serta pengundian online filem pendek ini, ia memberi peluang kepada setiap komuniti atau individu supaya menyebarkan mesej keharmonian antara kaum dengan prinsip ‘Hidup Berbilang, Makmur Bersama’.

Bersama ini, disertakan terma dan syarat penyertaan serta cara penyertaan bagi pertandingan tersebut.

TERMA DAN SYARAT PENYERTAAN

1. Semua genre filem diterima.

2. Terbuka kepada setiap individu atau kumpulan, tanpa mengira status kewarganegaraan, bangsa dan umur.

3. Setiap individu atau kumpulan boleh menghantar tidak melebihi dua penyertaan, filem yang dihantar mestilah karya yang siap. Setiap filem penyertaan hanya boleh 1-2 orang peserta individu serahkannya bersama.

4. Jangka masa filem: 3-8 minit, termasuk pengiraan detik dan kredit akhir.

5. Sarikata (subtitle) Bahasa Melayu/Inggeris mestilah disertakan dalam filem yang dihantarkan. Dialog boleh dalam dialek atau bahasa yang biasa digunakan dalam Malaysia. Filem yang mengandungi unsur ganas, seks, menfitnah, menghina akan ditolak penyertaannya.

6. Filem yang dihantar mestilah karya asal dan tidak disekat oleh mana-mana hak cipta atau kontrak. Peserta diminta memastikan filem penyertaannya tidak melanggar undang-undang yang berkenaan dengan hak cipta dan bertanggungjawab terhadap segala perkara berkaitan dengan hak cipta itu.

7. Filem penyertaan akan ditolak penyertaannya dan ditarik balik hadiah yang telah dianugerahkan jika ia/peserta didapati melanggar hak cipta, atau syarat-syarat dan peraturan di sini, ataupun undang-undang lain.

8. Pihak penganjur berhak menggunakan filem penyertaan yang dalam penyaringan akhir.

CARA PENYERTAAN

Sila ikuti langkah-langkah seperti berikut:

Pendaftaran

1. Sila daftar dalam borang Google ini (http://goo.gl/forms/67Ist8MWh0) atau muat turun borang penyertaan, isi dan e-mel/kirim/hantar kepada pihak penganjur sebelum 30 Jun 2016 jam 5.00 petang.

2. Bayar yuran pendaftaran RM30 kepada pihak penganjur (LLG CULTURAL DEVELOPMENT CENTRE BERHAD, PUBLIC BANK BERHAD – 3155 631 331); dan hantar melalui e-mel bersama slip wang masuk kepada pihak penganjur sebelum 30 Jun 2016 jam 5.00 petang.

Serah Filem dan dokumen

1. Filem serta dokumen berikut mesti sampai di tangan pihak penganjur sebelum 25 Julai 2016 jam 4.00 petang. Peserta yang gagal berbuat demikian dikira tidak layak:

a) Filem penyertaan (resolusi filem: HD 1920 x 1080, format filem: .MOV atau .MP4, saiz fail terhad kepada: 1.5 GB).

b) Tajuk dan sinopsis dalam Bahasa Melayu/Inggeris yang tidak melebihi 800 patah perkataan (pengenalan dalam Bahasa Cina boleh diserahkan juga, jika ada).

c) Pengenalan tentang peserta (dalam 150 patah perkataan).

2. Serah filem dan dokumen dengan salah satu cara berikut:

a) Muat naik (upload) ketiga-tiga dokumen di atas ke YouTube dengan syarat menukar privacy setting kepada “Unlisted”, dan tidak boleh share ke mana-mana website/webpage yang lain. Selepas itu, isi YouTube URL link ke dalam borang penyertaan pada seksyen seterusnya, atau e-melkan YouTube URL link itu ke info@llgcultural.com sebelum 25 Julai 2016 jam 4.00 petang.

b) Kirim / Hantar: ketiga-tiga dokumen di atas mesti dimasukkan (burn) ke dalam fail digital dan dalam dua salinan DVD, dengan nama peserta ditulis dengan jelas atas DVD, sampai di tangan pihak penganjur sebelum 25 Julai 2016 jam 4.00 petang.

13. Bahan-bahan yang diserahkan tidak akan dipulangkan.

Perhatian

1. Sila namakan gambar/dokumen digital dengan nama peserta.

2. Sila tambahkan [hidup berbilang] di depan tajuk e-mel.

3. Pendaftaran hanya diterima jika borangnya diisi dengan lengkap dan dihantar sebelum 30 Jun 2016 jam 5.00 petang dengan slip wang masuk (yuran pendaftaran).

4. Peserta tidak dikira penyertaannya jika tidak sempat hantar filem penyertaan dan data yang dikehendaki kepada pihak penganjur pada masa yang ditetapkan.

Penilaian

1. Panel hakim terdiri daripada :

a) Amir Muhammad, Tan Chui Mui, Leong Yew Sen

b) Seorang wakil daripada setiap pihak penganjur/penganjur bersama

2. Penilaian filem bagi pertandingan tersebut adalah dari segi Ketepatan Tema, Kreativiti, Teknik Pembuatan dan Cara Penyampaian.

3. Hadiah akan digantung, jika tiada karya yang dapat memenuhi standard penghakinan.

4. Keputusan panel juri adalah muktamad.

5. Semua keputusan, termasuk pengundian online akan diumumkan pada Majlis Anugerah.

Pertandingan undi online

1. Tempoh pengundian: 15 Ogos hingga 15 September 2016 jam 11.59 malam.

2. Cara mengundi: Pengundi Internet perlu melayari fb.com/events/1686947914914687 dan ikut arahan, like dan share filem yang disukai.

3. Cara penghakiman: bilangan like dan share terbanyak adalah pemenang “Hadiah Paling Popular Online”, sila rujuk fb.com/events/1686947914914687 untuk maklumat lanjut.

Anugerah

Tempat Pertama (1 filem): Wang tunai RM5,000

Tempat Kedua (1 filem): Wang tunai RM2,200

Tempat Ketiga (1 filem) : Wang tunai RM1,200

Hadiah Cemerlang (beberapa filem): Wang tunai RM700

Hadiah Paling Popular Online: Wang tunai RM600

Semua peserta yang terpilih pada peringkat saringan awal akan mendapat sijil penyertaan. Pemenang yang tidak dapat menghadiri Majlis Anugerah, boleh menamakan seorang wakil, jika tidak, akan dianggap menolak penerimaan hadiah.

Tarikh Majlis Anugerah: 17 September 2016 jam 8.00 malam di Dewan Aktiviti, Tingkat 3, Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG.

Pertanyaan

Pusat Pembangunan Kebudayaan LLG林连玉基金
No. 89 & 91, Jalan Maharajalela, 50150 Kuala Lumpur.
Tel: 03-21422496/97(Ms Yap / Ms Tan)
Fax: 03-21422487
E-mail: info@llgcultural.com
website: http://llgcultural.com
Info pertandingan (download, undi online dan lain-lain): fb.com/events/1686947914914687

Pihak penganjur berhak meminda syarat-syarat dan tarikh pertandingan ini jika perlu berbuat demikian.

https://www.facebook.com/events/1686947914914687/permalink/1688949951381150/

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia