Institut Aminuddin Baki CGH Kunjungi IKRAM, MIEB

Institut Aminuddin Baki CGH Kunjungi IKRAM, MIEB

SERI KEMBANGAN – Institut Aminuddin Baki Cawangan Genting Highland (IABCGH) telah mengadakan lawatan kerja ke Musleh Integrated Education Berhad (MIEB) pada Rabu, 28 Februari lalu di Ibu Pejabat IKRAM di sini.

Kunjungan tersebut bertujuan membincangkan usaha-usaha penanda aras, kesetaraan kualiti program-program berkaitan pengurusan dan membina jaringan kerjasama antara IAB dengan MIEB sebagai institusi pendidikan IKRAM.

Delegasi lawatan diketuai Timbalan Pengarah IABCGH Tn Mohd Zaidi Basir, diiringi wakil-wakil Jabatan Kepimpinan Kualiti dan Inovasi, Jabatan Pembangunan Pengurus Pemimpin dan Eksekutif Pendidikan, Jabatan Penyelidikan dan Pembangunan Kepimpinan Pendidikan, serta Jabatan Kepimpinan Komuniti dan Berkeperluan Khusus.

Kunjungan mereka disambut oleh Timbalan Pengerusi MIEB, Dr Kamaliah Noordin, diiringi oleh Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari dan barisan Ketua-Ketua Bahagian yang lain termasuk Bahagian Latihan dan Bahagian Taman Didikan Kanak-Kanak (TADIKA) atau lebih dikenali sebagai PEDA.

Dalam pertemuan berkenaan, antara perkara yang dibincangkan termasuklah pengenalan terhadap IKRAM oleh Hj Shahrul Aman dan MIEB yang bertanggungjawab terhadap rangkaian sekolah-sekolah MUSLEH di seluruh negara, kursus-kursus pengurusan pentadbiran anjuran IAB serta kursus berdasarkan keperluan dan kehendak semasa bahagian PEDA MUSLEH atau MIEB secara keseluruhan.

Dalam perkembangan berkaitan, kedua-dua pihak turut mengambil kesempatan tersebut untuk mengenal pasti peluang kerjasama yang boleh dilaksanakan secara bersama dan mengharapkan agar satu Note of Understanding (NoU) antara MIEB dan IAB dapat diwujudkan selepas ini.

Selain itu, pihak-pihak mengharapkan agar hasil perkongsian idea dan ilmu daripada lawatan ini akan dijadikan panduan dalam membantu menambah baik pengurusan dan pentadbiran serta dapat memacu kecemerlangan kedua-dua institusi berkenaan.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia