Pelbagai inisiatif IKRAM untuk bersama memberi khidmat dalam masyarakat dan membangun sebuah Negara RAHMAH
Hidayah Centre Foundation (HCF)
HCF adalahsatuinstitusi yang berkhidmatuntukmenghubungkankomunitidaripadapelbagaibangsa dan agama, sertamualaf yang memerlukanbantuan dan bimbingandalampelbagaiaspek di Malaysia.
MyCAREmenyediakanbantuankemanusiaanmeliputi Asia Tenggara, Timur Tengah sertakawasan yang dilandabencana dan turutaktif di Malaysia dalammenyediakantempatperlindungansementara, membinasemularumah dan penyediaan air tawar di kawasanbanjir.
KADRI berfungsi untuk memenuhi keperluan pengkajian dasar yang berkesan untuk membina Malaysia yang lebih makmur, inklusif dan berdaya saing, untuk menjadi institusi kajian berwibawa dan rujukan dalam bidang kenegaraan, ekonomi, sosial berlandaskan maqasid syariah.
Sebuah koperasi yang ditubuhkan bertujuan menggalakkan budaya menabung dan keusahawanan untuk tujuan kebajikan dan mempertingkatkan taraf sosioekonomi anggota khususnya dan umat Islam amnya, bertepatan dengan tuntutan “bekerjasama dalam perkara kebaikan dan takwa”.
Majlis Pengetua dan Guru Besar Sekolah-Sekolah Islam Malaysia (MPGBSIM)
Gabungan rangkaian sekolah-sekolah kelolaan di bawah IKRAM-MUSLEH yang menyokong perancangan dan pelaksanaan dasar, memberi tumpuan kepada sahsiah, akademik dan tarbiah pelajar, memperjuangkan kebajikan kakitangan dan meningkatkan profesionalisme kepengetuaan.
Malaysian Association of Muslim Finance Professional (MFP)
MFP mengumpul dan menyatukan para profesional Muslim yang berlatarbelakangkan pendidikan dan/atau kerjaya dalam bidang perakaunan, kewangan, audit, perbankan, insuran, ekonomi, percukaian, tadbir urus korporat, perunding syariah dan seumpamanya.
MIB menjadi platform bagi ahli-ahli dan rakan-rakan IKRAM berkumpul secara bersantai dalam suasana tarbawi dan dakwah serta menjadikan dunia pemotoran sebagai wasilah untuk tarikan sasaran dakwah, bukan saja daripada golongan dewasa tetapi juga golongan remaja.
Institusi yang memberikan fokus kepada bidang pendidikan di bawah naungan IKRAM untuk melahirkan insan rabbani, menjuarai pendidikan Islam yang holistik dan rahmah, dan membangunkan keupayaan dan kapasiti sumber manusia yang kompeten dan berprestasi tinggi.
Persatuan Akademia IKRAM Malaysia (IKRAM Academia)
Bertujuan menjadi organisasi profesional yang menjana ilmu dan memberi solusi dengan rahmah dalam pembinaan negara serta pembangunan masyarakat insaniah, melalui jaringan dan permuafakatan strategik dengan pelbagai pihak di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Sebuah gerakan yang menumpukan pembangunan mahasiswa sebagai usaha melahirkan individu yang prihatin dan aktif dalam isu sejagat seterusnya menjadi jurubicara mahasiswa Malaysia.
NGO di bawah IKRAM yang ahlinya terdiri daripada mereka yang terlibat dalam industri kesihatan, dengan visi untuk memperkasakan Islam dan menyumbang kepada penegakan syariat Islam melalui bidang kesihatan sejajar dengan aspirasi IKRAM.
Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN)
Sebuah platform jaringan yang mengumpulkan para pemikir, mahasiswa lepasan ijazah, ilmuwan dan cerdik pandai berlatarbelakangkan bidang pengajian Islam untuk beraktivisme dalam bidang keilmuwan Islam.
Fokus menerbit dan mengedarkan buku-buku IKRAM serta institusinya, malah turut bertanggungjawab menerbitkan barangan cenderamata IKRAM. RHSB komited untuk memperbanyak karya bacaan yang bermutu sebagai sokongan kepada Malaysia sebagai Negara Rahmah.
Badan kebajikan yang sentiasa peka dan prihatin dalam melaksanakan pelbagai kempen untuk membantu golongan miskin berkeperluan, orang kurang upaya, warga emas, ibu tunggal, anak yatim, mangsa bencana dan sebagainya.