Inisiatif “Daerah Kembar Tiga” bantu dakwah di Sabah

Berlangsung pada 12-15 Januari lalu, inisiatif daerah kembar tiga ini telah menggabungkan dua IKRAM Kawasan di Selangor untuk membantu salah satu cawangan Hidayah Centre dalam aspek penambahbaikan program, gerak kerja, pemantapan ekonomi, pembangunan mualaf dan lain-lain.

Turut serta dalam lawatan tersebut, Tuan Hj Abdul Rahman Kassim, Pengarah Urusan Hidayah Centre Foundation merangkap Pengarah Hidayah Centre Sabah (HCS) dan Ir Hj Wan Ahmad Nizar Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Dakwah IKRAM Selangor.

Selain itu, lawatan ini turut disertai Yang Dipertua (YDP) dan juga wakil-wakil IKRAM Shah Alam, IKRAM Kuala langat, IKRAM Ampang Jaya, IKRAM Kajang, IKRAM Hulu Langat, IKRAM Kuala Selangor dan IKRAM Gombak.

     

Taklimat Hidayah Centre Sabah, lawatan ke pejabat Hidayah Centre Bundu Tuhan dan menyantuni mualaf di Keningau

En. Joannes Lukas, Pengurus Hidayah Centre Sabah (HCS) merangkap Jawatankuasa Dakwah IKRAM Sabah turut memberikan penyampaian berkaitan HCS yang menjelaskan gambaran umum gerak kerja dan aktiviti-aktiviti yang telah dan sedang dijalankan oleh HCS kepada ahli rombongan.

Rombongan turut melawat pejabat Hidayah Centre Kota Kinabalu (HCKK), menziarahi mualaf di Bundu Tuhan, melawat pejabat Hidayah Centre Bundu Tuhan (HCBT) dan Hidayah Centre Kota Marudu (HCKM) serta menziarahi pelajar mualaf di Pusat Latihan Dakwah Kudat.

Selain itu, sebahagian rombongan pula melawat Hidayah Centre Keningau, mendengar sesi taklimat, menziarahi mualaf di Kampung Nantabakan, Keningau serta meninjau tapak surau yang akan didirikan di situ. Mereka juga melawat Hidayah Centre Papar (HCP) selain melawat serta menyantuni mualaf di sana.

    

HC Keningau (IKRAM Ampang Jaya & Sepang), HC Bundu Tuhan (IKRAM Kuala Langat & Hulu Selangor) dan HC Kota Kinabalu (IKRAM Shah Alam)

Tandatangan persefahaman juga diadakan antara IKRAM Kawasan di Selangor dengan Hidayah Centre cawangan di Sabah bagi menyatakan komitmen mereka untuk membantu aktiviti dakwah di Sabah.

Semoga lawatan ini akan meneguhkan lagi ukhuwah dan memperkasakan kerjasama HCS dan IKRAM Selangor dalam usaha menjayakan visi dan misi dakwah Hidayah Centre Sabah, insya-Allah.

Sumber: Hidayah Centre Sabah

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia