IMPAK terima maklum balas positif ibu bapa

Hal ini kerana, mereka berpandangan bahawa IMPAK akan membantu mereka dalam menguasai cara dan teknik yang sesuai untuk membantu anak-anak dari segi pembelajaran di rumah, menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak dan meningkatkan sahsiah anak-anak. 

Sesi pengenalan IMPAK yang diadakan pada 28 Ogos, Ahad yang lalu dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama IKRAM Petaling Jaya, Majlis Guru IKRAM (MGI), Friends of Kota Damansara dan Community Transformation Initiative (CTI).

Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Naib Presiden IKRAM turut hadir memberikan perkongsian pengenalan mengenai GBM dan disusuli dengan sesi penerangan modul-modul IMPAK dan pelaksanaan program IMPAK yang bakal dijalankan dalam masa terdekat.

  

Perkongsian Hj Shahrul Aman dan penerangan modul IMPAK

Beliau mengharapkan program berbentuk pemantapan pendidikan harus diperluas dan diperbanyak bagi membantu pembinaan generasi akan datang. Tanggungjawab pembentukan anak-anak terletak pada ibubapa dan juga masyarakat. Sesi pengenalan IMPAK ini telah mendapat penyertaan seramai 25 orang ibu bapa yang terdiri daripada pelbagai kaum termasuk Melayu, Cina, India dan lain-lain.

Antara objektif utama program pengenalan IMPAK ini dijalankan adalah untuk memberi penerangan serta gambaran umum kepada ibu bapa tentang IMPAK serta pelaksanaannya dan sekaligus membangkitkan semangat serta motivasi ibubapa untuk berperanan dalam pembelajaran anak masing-masing.

Selain itu, melalui program IMPAK ini, ianya dapat menambah baik peranan ibu bapa dan meningkatkan tahap keaktifan ibu bapa untuk membantu para guru meningkatkan prestasi akademik anak-anak, terutamanya bagi murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran, tahap pembelajaran yang lemah atau murid-murid yang tidak berminat dalam pembelajaran. 

Ini akan mengukuhkan hubungan antara ibu bapa anak-anak serta memastikan anak-anak dapat belajar dengan bersungguh-sungguh untuk menuju kejayaan. 

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia