IMPAK: GeMS Rai Graduasi 81 Ibu Bapa

IMPAK: GeMS Rai Graduasi 81 Ibu Bapa | IKRAM

SHAH ALAM – Seramai 81 orang ibu bapa yang telah mengikuti program Generasi IMPAK Selangor (GeMS) diraikan dalam satu majlis graduasi pada Ahad di Dewan Bankuet, Dewan Jubli Perak, di sini.

Majlis Graduasi GeMS dirasmikan oleh Exco Perumahan & Kesejahteraan Bandar dan Pembangunan Usahawan Selangor, YB Puan Rodziah Ismail melibatkan peserta dari lima kawasan iaitu Seksyen 8, Seksyen 20 (Shah Alam), Taman Medan (Petaling Jaya), Ampang Jaya dan Bandar Baru Bangi.

GeMS adalah program kerajaan negeri Selangor dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) yang mana sebanyak lapan modul IMPAK telah dijalankan bermula bulan Julai sehingga November 2022 secara fizikal.

Turut hadir dalam majlis ini Setiausaha Agung IKRAM, Hj Shahrul Aman Mohd Saari, Ketua Wanita IKRAM, Ustazah Sallawahiu Mohd Salleh, Yang Dipertua IKRAM Selangor, Prof Madya Dr Muhammad Azhar Zailani serta wakil Joint Management Body (JMB) dan persatuan penduduk kawasan terlibat.

IMPAK adalah singkatan kepada lbu bapa Memastikan Peningkatan Akademik Anak iaitu satu modul yang dilaksanakan oleh Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) untuk ibu bapa B40 sejak tahun 2016 dan telah dijalankan di seluruh negara sehingga kini.

Program GeMS memberikan lebih tumpuan kepada ibu bapa untuk membantu pendidikan anak-anak di rumah melalui tiga langkah utama; membangunkan sikap yang positif dalam diri ibu bapa, membantu ibu bapa mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif di rumah dan membantu ibu bapa mempelajari kemahiran serta teknik pembelajaran. 

Tahniah diucapkan kepada 81 orang Very Important Parent (VIP) yang telah berjaya mengikuti kesemua modul IMPAK dengan penuh komitmen sehingga layak bergraduasi dan lebih 80 orang anak-anak turut mendapat manfaat melalui kemahiran yang diperoleh oleh ibu bapa mereka daripada program GeMS ini. 

Semoga ilmu yang ditimba akan diaplikasikan oleh para graduan dalam mengukuhkan lagi hubungan antara ibu bapa dan anak lantas menjadi asbab kecemerlangan akademik dan sahsiah anak pada masa akan datang.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia