IMPAK bantu ibu bapa dekat dengan anak-anak

“Kita sekarang sibuk bekerja dan sukar mendapat ilmu untuk mendidik anak-anak kerana kekurangan masa. Jadi, ilmu daripada IMPAK membantu para ibu bapa mendekatkan diri dengan anak-anak,” kata seorang peserta IMPAK, Muhammad Zulkarnain.

Beliau yang juga mengikuti program tersebut pada Ahad, 8 Januari lalu di flat Kota Damansara berharap supaya program ini konsisten dan dapat dibuka dengan lebih luas di kawasan yang lain.

Tujuan program IMPAK ini diadakan adalah untuk membantu ibu bapa menguasai cara dan teknik yang sesuai untuk membantu anak-anak dari segi pembelajaran di rumah, menyelesaikan masalah pembelajaran anak-anak dan meningkatkan sahsiah anak-anak.

Menurut fasilitator program ini yang juga merupakan seorang guru, Puan Fariza Said Hassan, program IMPAK telah memasuki modul kelapan dan diadakan setiap dua minggu sekali pada hari Ahad.

 

Antara ibu bapa yang hadir dalam program IMPAK

“Target utama adalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang masih bersekolah rendah dan menengah rendah.”

Tambahnya, modul ini dirujuk daripada negara luar dan disusun mengikut kesesuaian suasana di sini dengan perbincangan beberapa pihak.

Wakil bagi pihak penganjur daripada Community Transformation Initiative (CTI), Puan Ratha, berkata, IMPAK mahu memberi kesedaran kepada ibu bapa bagi membantu mereka mendidik anak-anak kerana kebanyakan daripada mereka sibuk bekerja mencari rezeki.

“Ini adalah program yang pertama seperti ini dan respons yang diterima agak positif. Malah, sesetengah peserta telah hadir secara konsisten. Kami mengharapkan para peserta dapat menyebarkan kepada jiran-jiran supaya lebih ramai yang akan menyertai IMPAK.”

Program ini dianjurkan oleh Gabungan Bertindak Malaysia (GBM) dengan kerjasama Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), Tamil Foundation Malaysia, CTI dan Friends of Kota Damansara (FoKD).

Kelas seterusnya akan diadakan pada 22 Januari 2016 di kawasan flat Kota Damansara. Untuk maklumat lanjut, sila layari facebook IMPAK – IKRAM.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia