ILMAN cungkil bakat menulis artikel kenegaraan

SERI KEMBANGAN – Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) buat julung kalinya telah menganjurkan Pertandingan Penulisan Artikel Negara Rahmah.

 

Program yang diadakan sejak awal Ogos lalu hingga 5 September 2021, bertemakan Perpaduan Nasional, Kepimpinan Kompeten dan Berintegriti serta Kesejahteraan Rakyat, mendapat sambutan yang sangat menggalakkan iaitu 57 artikel telah diterima dan dinilai oleh para juri khas yang dilantik.

 

“Secara keseluruhan, kualiti artikel para peserta adalah baik serta bersesuaian dengan tema,” ujar Presidennya, Dr Syazalie Hirman Ahmad Najib.

 

Tambahnya lagi, ILMAN mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada penaja hadiah utama iaitu Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) serta KASIH Malaysia yang menaja hadiah kepada para pemenang sagu hati.

 

“Tahniah diucapkan kepada para pemenang. Semoga Allah SWT berkati segala usaha yang dilakukan ini.”

 

Dalam pertandingan ini, artikel bertajuk ‘Model Negara Rahmah: Bagaimana Malaysia Boleh Mencapainya?’ karya Muhammad Muhaimin Ghazali telah memenangi tempat pertama.

 

Tempat kedua pula diraih oleh Muhammad Furqan Abdullah dengan tajuk ‘Citra Baharu Kepimpinan Politik yang Kompeten dan Berintegriti’.

 

Manakala tempat ketiga pula disandang oleh Nurul Iffah Ghazali yang bertajuk ‘Perpaduan Rakyat: Ke Mana Hala Tuju Negara Selepas 64 Tahun Merdeka?’ dan seterusnya hadiah sagu hati diberikan kepada 20 orang penulis artikel yang terpilih.

 

Hadiah pemenang pertama berjumlah RM800, kedua RM500 dan ketiga RM300, manakala sagu hati berjumlah RM100 bagi setiap pemenang.

 

Dalam pada itu, Penasihat ILMAN, Dr Hamidah Mat mengucapkan tahniah kepada ILMAN kerana telah berjaya menganjurkan satu program yang mendapat sambutan di luar jangkaan.

 

“Walaupun berusia kurang tiga bulan, ILMAN telah mampu menarik minat penyertaan daripada kalangan masyarakat dan ini merupakan isyarat awal kepada kemampuan ILMAN untuk menjadi katalis kepada kerancakan aktiviti advokasi berkaitan fokus ILMAN iaitu pembinaan sebuah negara yang sejahtera untuk semua.”

 

Beliau berkata, melihat kepada bilangan artikel yang banyak, ILMAN telah berjaya mencungkil bakat dan idea dalam kalangan ilmuwan dan pengkaji dalam bidang kenegaraan dalam konteks syariah.

 

“Semoga ILMAN dapat menganjurkan lagi program-program sebegini kerana mempunyai impak yang lebih besar demi membuktikan signifikan kewujudannya,” ujar Dr Hamidah.

 

Ditubuhkan pada 30 Jun 2021, Pertubuhan Ilmuwan dan Cendekiawan Muslim Malaysia (ILMAN) ialah sebuah NGO yang bertujuan mendidik masyarakat dengan kefahaman Islam yang progresif dan sederhana.

 

ILMAN juga merupakan platform kepada para asatizah daripada pelbagai latar belakang yang berperanan untuk menjadi hab penyelidikan serta menghasilkan bahan-bahan rujukan berkaitan isu-isu masyarakat dan kenegaraan.

 

Pada 31 Ogos lalu, Mesyuarat Agung ILMAN kali pertama telah berlangsung dengan jayanya yang ucaptamanya telah disampaikan oleh tokoh ilmuwan iaitu Pengerusi Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP), Datuk Dr Mohd Daud Bakar.

 

Info lanjut tentang ILMAN boleh dilayari melalui laman Facebook https://www.facebook.com/ilman.my dan saluran Telegram https://t.me/ILMAN_channel.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia