IKSIM: Tumpu jayakan visi dan misi, elak sebar fitnah dan kebencian – SUA IKRAM

Beliau berkata demikian ketika ditemui IKRAMedia apabila diminta mengulas maklumat yang disampaikan oleh ahli-ahli IKRAM yang menyertai majlis-majlis penerangan oleh IKSIM yang cuba mengaitkan IKRAM sebagai NGO yang mendukung fahaman liberalisme. 

Katanya lagi: “Jika dilihat laman web IKSIM, ia mempunyai misi dan visi yang baik iaitu:
Misi: Menjadi peneraju pemikiran strategik yang utama dan berwibawa dalam agenda kedaulatan Islam.
Visi: Mendaulatkan Islam Sebagai Agama Negara.”

Rujukan: http://iksim.my/iksim/index.php?r=portal/article&id=Y3lkTnMxZU9Ub1Zmd2Q4QTVqNy84dz09

Hj Nahar menjelaskan lagi bahawa IKRAM adalah NGO atau gerakan Islam yang syumul yang bukan hanya mengajak kepada yang maaruf (kebaikan) seperti berakidah sejahtera, beribadah dengan cara yang betul dan berakhlak mulia tetapi juga berusaha mencegah kemungkaran termasuklah penyalahgunaan kuasa, rasuah dan kezaliman terhadap rakyat.

IKRAM seringkali bersama dengan organisasi-organisasi masyarakat madani lain bagi memperjuangkan isu-isu urus tadbir baik seperti pilihan raya yang bersih dan adil serta keadilan kepada rakyat.

Seterusnya beliau memetik pengajaran daripada peristiwa Hilf Fudhul (Perjanjian Fudhul) yang mana Rasulullah s.a.w turut menyertai perjanjian bersama kaum Quraisy yang berlaku di rumah Abdullah bin Jud’an bagi membantah satu kezaliman yang telah berlaku di Makkah pada ketika itu.

Katanya, peristiwa tersebut merupakan kisah yang dialami sendiri oleh baginda yang boleh dijadikan iktibar. Meskipun ia berlaku pada zaman pra nubuwwah, namun ar-Rasul s.a.w pada masa baginda telah dilantik menjadi Rasul bersabda:

“Sesungguhnya aku telah menyaksikan suatu perjanjian bersama bapa-bapa saudaraku di rumah Abdullah bin Jud’an yang lebih aku kasih daripada unta yang merah, dan sekiranya aku diajak kepadanya pada zaman Islam, nescaya aku menyahutnya.” (Diriwayatkan oleh Ahmad, Ibn Ishak dan al-Hamidy)

“Panduan kita adalah syariat Islam,” tambahnya lagi.

“Kita boleh bersama dalam perkara yang tidak bercanggah dengan syariat Islam seperti tuntutan pilihan raya bersih dan adil, urus tadbir negara yang baik dan keadilan untuk rakyat.

“Kita tidak pernah bersama dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan syariat. Bersama atau menyokong sesuatu organiasi dalam sesuatu isu bukan bermakna kita menyokongnya dalam semua perkara.

“Inilah pendekatan berpaksikan prinsip (principle centred) yang diajar oleh Rasulullah s.a.w yang perlu difahami,” tegasnya lagi.

“Saya ingin mencadangkan kepada pihak IKSIM untuk mengadakan pertemuan dengan pimpinan IKRAM bagi mendapatkan penjelasan agar tidak terus menyebarkan maklumat yang tidak tepat dan fitnah terhadap IKRAM.

“Saya sedia mengaturkan pertemuan termasuk bersama Presiden IKRAM, Dr Hj Mohd Parid Sheikh Ahmad yang juga merupakan Ahli Majlis Perundingan Islam (MPI) yang telah ditubuhkan oleh Kerajaan Pusat.

“IKSIM boleh juga bertemu dengan Timbalan Presiden, Hj Zaid Kamaruddin yang juga merupakan ahli kepada Jawatankuasa Mempromosikan Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKAPA), yang juga ditubuhkan oleh Kabinet Kerajaan Malaysia,” jelasnya lagi.

Hj Nahar mengakhiri perbualan dengan berharap agar pihak IKSIM sebagai badan yang ditubuhkan kerajaan bertujuan untuk menjalankan kajian dan penyelidikan akan terus berperanan secara efektif melalui kajian dan penyelidikan yang benar, betul, jujur dan adil demi menjaga integriti IKSIM sebagai sebuah badan Islam.

“Bertindaklah secara objektif dan tidak hanya berdasarkan sangkaan semata-mata. Jika sesuatu maklumat yang salah yang telah diedarkan kepada orang ramai, siapa dan bagaimana hendak membetulkannya serta kepada siapa hendak memohon maaf?” soalnya.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia