IKRAMTeens: Penganjuran konsert liar, pendorong peningkatan budaya hedonisme

Terkini, budaya hedonisme melibatkan penyalahgunaan dadah dan alkohol di kalangan belia dan remaja di Future Music Festival Asia yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil yang telah mengakibatkan enam individu termasuk seorang pelajar sebuah universiti maut dan empat belas individu lain kritikal.

IKRAMTeens memandang serius dan mengecam penganjuran Festival Muzik ini yang memberi impak negatif kepada masyarakat terutama golongan belia dan remaja serta membuktikan bahawa budaya hedonisme semakin menular di kalangan golongan ini. Penganjuran seperti ini membuka ruang kepada unsur-unsur negatif seperti penyalahgunaan dadah, pengambilan arak, pergaulan bebas dan amalan seks bebas yang merupakan gejala tidak sihat yang masih belum selesai. Muktahir ini, unsur-unsur seperti penyalahgunaan dadah dilihat menjadi satu ‘trend’ untuk berhibur.

Justeru itu, IKRAMTeens menggesa pihak penguasa agar lebih sensitif dengan penganjuran konsert-konsert dan aktiviti hiburan melampau yang lebih banyak membawa impak negatif dan melalaikan. Peranan pihak penguasa ini harus ditampung oleh peranan masyarakat dalam memastikan golongan belia dan remaja di negara ini diberi perhatian dan dijaga sebaik-baiknya kerana golongan ini merupakan aset negara pada masa hadapan.

IKRAMTeens amat yakin bahawa segala unsur negatif yang melanda golongan belia dan remaja dapat diperbaiki dengan hasil didikan dan tarbiah yang berterusan serta program pembangunan sahsiah yang mantap.

Sehubungan dengan itu juga, IKRAMTeens ingin mengajak para remaja serta ibu bapa ke program motivasi pembangunan sahsiah remaja “Offline With Hedonism (OWH)” yang akan diadakan di Masjid Asy-Syakirin, KLCC pada 27 Mac 2014 ini. Program OWH ini menekankan tentang bahaya budaya hedonisme di kalangan para remaja sekalian.  Maklumat lanjut, sila hubungi Aisyah di talian 012-910 8098.

Budaya hedonism bukan budaya kita.


Mohd Hafiz Bin Abd Hamid

Pengarah IKRAMTeens Pusat

17 Mac 2014

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia