IKRAMTeens kutuk tindakan rogol remaja oleh 38 lelaki

IKRAMTeens mengutuk dan mengecam keras tindakan 38 orang lelaki yang telah merogol dua orang remaja perempuan di Ketereh minggu lalu dan menganggap ianya sebagai salah satu serangan seksual terburuk di dalam sejarah Malaysia.

Sebagai sebuah kelab yang menguruskan hal ehwal remaja di bawah Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM), IKRAMTeens sentiasa mengikuti dan mengambil berat perkembangan semasa isu-isu yang melibatkan remaja di seluruh negara.

IKRAMTeens kesal dengan tragedi hitam ini, apabila kaum lelaki yang sepatutnya menjadi pelindung dan pengawal kepada kaum wanita bertindak sebaliknya. Firman Allah SWT:

Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum wanita, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki dengan beberapa keistimewaan terhadap kaum wanita. (An-Nisaa’: 34)

IKRAMTeens berkeyakinan bahawa tragedi yang berlaku ini berpunca dari kelemahan iman dan taqwa di dalam hati umat dan berleluasanya bahan-bahan yang boleh merangsang seksual lelaki mahupun perempuan, seperti video pornografi dan sebagainya. Selain dari itu, era teknologi yang memudahkan kaum lelaki dan perempuan berkomunikasi tanpa batasan antara punca terjadinya perhubungan terlarang di luar pengetahuan ibu bapa yang akhirnya berubah menjadi tragedi hitam.

IKRAMTeens juga menyarankan agar ibu bapa terus berusaha untuk memberi pendidikan asas agama dan lebih kerap memantau pergerakan anak-anak dari masa ke semasa. Sebagai ahli masyarakat, jiran tetangga juga diseru agar mengambil sikap prihatin terhadap anak-anak jiran tetangga yang lain.

Dalam mendepani masalah ini, IKRAMTeens amat mencadangkan agar para remaja menghayati firman Allah:

“Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.“ (Al-Israa’: 32)

kerana setiap manusia yang menghayati firman Allah di atas pasti akan sentiasa menjaga diri dan kehormatan mereka dan segera menjauhkan diri mereka dari zina, hal ini termasuklah mengelakkan mereka berdua-duaan, bersentuh-sentuhan, tidak menjaga pandangan mata dan tidak menjaga aurat dengan baik.

Sebagai sebuah kelab remaja, IKRAMTeens akan terus berusaha menyeru kebaikan dan mencegah kemungkaran melalui program dakwah dan tarbiah secara konsisten kepada para remaja. Selain dari itu, IKRAMTeens juga akan sentiasa memberi peringatan tentang bahaya zina dan hubungan seksual melalui modul reproduksi awal remaja iaitu modul Cinta Fotokopi yang dibangunkan oleh IKRAMTeens.

Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama menjaga maruah dan kehormatan orang lain sebagaimana kita menjaga kehormatan dan maruah kita sendiri. Hari ini kita menzalimi orang lain, jangan nanti suatu hari ahli keluarga kita pula dizalimi.

“Menyerlah jauh daripada Biasa”

 

Mohd Hafiz Abd Hamid

Pengarah IKRAMTeens Pusat

28 Mei 2014

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia