IKRAM, YaPEIM Teroka Kerjasama Basmi Kemiskinan

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia telah mengadakan kunjungan hormat ke Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) semalam bagi memperkukuh hubungan silaturahim dan meneroka peluang kerjasama strategik, khususnya dalam usaha membasmi kemiskinan di Malaysia.

Delegasi IKRAM yang diketuai oleh Presiden, Hj. Badlishah Sham Baharin, disertai oleh barisan kepimpinan tertinggi termasuk Timbalan Presiden, En. Jusni Yusoff; Naib Presiden, Prof. Dr. Hanim Salleh; Setiausaha Agung, En. Mohd Hafiz Abd Hamid; serta beberapa Ahli Jawatankuasa Pusat dan pegawai Jabatan Agenda Nasional.

Kehadiran mereka disambut mesra oleh Ketua Pengarah YaPEIM, Tn. Hj. Zabidi Nasan, bersama barisan pengurusan kanan iaitu En. Muhamad Khairul Anuar Ibrahim, YM Tengku Idzmul Aziim Tengku Alang dan En. Saiful Nizam Ahmad Shahrom.

Dalam pertemuan tersebut, IKRAM membentangkan pendekatan holistik pembasmian kemiskinan berasaskan bukti yang merangkumi dimensi pendidikan, kesihatan, ekonomi, nilai dan sikap.

Antara inisiatif utama termasuk Projek Linus dan IMPAK untuk meningkatkan literasi, numerasi serta hubungan positif ibu bapa-anak, Program Pendidikan Keluarga untuk menangani isu tumbesaran terbantut, serta Model Solusi Ekonomi PERKASA yang memberi tumpuan kepada peningkatan pendapatan isi rumah di kawasan bandar.

IKRAM turut memaklumkan pelaksanaan beberapa kajian dasar dan kertas polisi merangkumi isu kemiskinan bandar, ekonomi gig, wakaf tunai bagi pembiayaan perubatan B40, sistem kredit sosial Islamik dan ketidaksamaan pendapatan. 

Semua usaha ini selari dengan objektif bersama untuk mengurangkan jurang kemiskinan secara inklusif dan berkesan.

Pertemuan ini membuka peluang kerjasama yang luas antara YaPEIM dan IKRAM, termasuk potensi penajaan bagi menyokong kajian dasar berimpak tinggi.

Ketua Pengarah YaPEIM menyambut baik cadangan IKRAM dan memaklumkan bahawa YaPEIM akan menjemput IKRAM untuk terlibat dalam program-program mereka akan datang, di samping membincangkan ruang-ruang kerjasama yang akan diperhalusi dalam masa terdekat.

Kedua-dua pihak juga sepakat bahawa sinergi NGO dan agensi berkaitan amat penting untuk memastikan usaha pembasmian kemiskinan di Malaysia dapat dilaksanakan secara berkesan, mampan dan berterusan demi kesejahteraan rakyat.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia