IKRAM tubuh Unit Psikospiritual

Unit PSI ini berusaha untuk menjadi ahli profesional utama dalam perkembangan holistik insan dengan penekanan kepada kesejahteraan hidup psikospiritual dan juga meningkatkan hubungan profesional antara ahli-ahli professional psikologi IKRAM dengan ahli-ahli IKRAM dan serta masyarakat umum. 

Unit yang ditubuhkan beberapa bulan lalu telah menganjurkan aktiviti pertamanya iaitu Muzakarah Psikospiritual IKRAM 2016 pada Sabtu 27 Februari lalu di Pusat Komuniti IKRAM Gombak, Taman Samudera, Batu Caves.

Muzakarah ini mengumpulkan wakil daripada pelbagai Jawatankuasa, Agensi dan Institusi IKRAM bagi membahaskan tajuk “Psikologi Palsu dan Psikologi Pop: Peranan Psikospiritual IKRAM (PSI) dalam Dakwah Profesional IKRAM”.

Muzakarah dimulai dengan ucaptama oleh Penasihat PSI, Profesor Kanan Dr Mohamed Hatta Shaharom yang bertajuk “Kedamaian Psikospiritual Demi Kelestarian Dakwah” yang seterusnya merasmikan Muzakarah PSI.

Selepas ucaptama, Pengerusi PSI, Penolong Profesor Dr Alizi Alias membentangkan tajuk “Psikospiritual IKRAM (P.S.I): Asas-asas Islamik-Saintifik serta Aplikasi di Medan-medan Amal IKRAM” diikuti dengan perbahasan oleh Ahli Panel PSI, Dr Adnan Omar yang bertajuk: “Neuro Linguistic Programing (NLP) – Between Science and Practicality”.

Muzakarah PSI telah mencapai satu resolusi penting iaitu: “Semua institusi IKRAM akan mengkaji semula dan memastikan penggunaan prinsip-prinsip Islamik-saintifik dalam program-programnya.”

Semoga muzakarah ini menjadi perintis kepada IKRAM bagi memastikan penggunaan prinsip-prinsip Islamik-Saintifik dalam program-program dakwah, tarbiah dan kebajikannya bagi menyebarkan mesej hidayah dan rahmah ke seluruh alam, insyaa-Allah.

 

 

 

 

 

 

 

 

Jawatankuasa Unit Psikospiritual IKRAM (PSI)

Penasihat: Prof Kanan Dr Mohamed Hatta Shaharom (Pakar Psikiatri)
Pengerusi: Penolong Profesor Dr Alizi Bin Alias (Pakar Psikologi Industri dan Organisasi)
Setiausaha: Abdul Rahman Bin Ahmad Badayai (Pakar Psikologi Perkembangan)
Penyerlaras Latihan: Dr Maryam binti Amaran (Pakar Psikiatri)
Penyelaras Penyelidikan: Dr Tuti Iryani binti Mohd Daud ( Doktor Pakar dan Pensyarah Psikiatri)
Penyelaras Intervensi: Pn. Hjh Azlina Roszy binti Mohamad Ghaffar (Pakar Psikologi Klinikal)
Penyelaras Perhubungan Luar: Pn Hjh Zaiton binti Ismail (Kaunselor)
Penyelaras Media: Saudara Mohd Akif Farhan bin Ahmad Basri (Pakar Psikologi Perkembangan & Pelajar Sarjana Psikologi Klinikal)

Ahli Panel PSI:
1. Puan Hjh Kamaliah binti Noordin (Pakar Psikologi Pendidikan)
2. Dr Adnan bin Omar (Pakar Psikologi Klinikal)
3. Prof Madya Dr Fauziah Hanim binti Jalal (Pakar Kaunseling Keluarga dan Pendidikan Keluarga)
4. Mohd Narawi bin Mohamed Ali (Kaunselor)
5. Dr Rafidah binti Bahari (Pakar dan Pensyarah Psikiatri)
6. Puan Hjh Rahimah binti Abdul Rahman (Kaunselor)
7. Dr Tengku Mohd Saifudin bin Tengku Kamarulbahri (Pakar Psikiatri)

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia