IKRAM Terima Anugerah Sebagai NGO Rakan Strategik KPWKM

IKRAM Terima Anugerah Sebagai NGO Rakan Strategik KPWKM

PUTRAJAYA – Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah diumumkan sebagai salah satu NGO Rakan Strategik Berprestasi Cemerlang oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) pada Khamis, 20 November lalu.

Anugerah tersebut disampaikan kepada Bendahari IKRAM, Hj. Ismail Yusoff Awang oleh Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad, yang turut merasmikan majlis pengiktirafan itu.

Beliau berkata dalam ucapannya, NGO memainkan peranan penting dalam pembangunan sosial negara dengan menjadi penghubung antara rakyat dan kerajaan, seterusnya membantu menyuarakan aspirasi dan keperluan komuniti serta memastikan tiada golongan yang terpinggir melalui semangat kesukarelaan, kecekapan dan keikhlasan.

Majlis Pengiktirafan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Rakan Strategik KPWKM Berprestasi Cemerlang dianjurkan oleh Kementerian melalui Jabatan Pembangunan Wanita (JPW) dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) dan Lembaga Penduduk Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).

Anugerah IKRAM

Dalam majlis itu, sebanyak 35 NGO yang membantu dan memainkan peranan dalam menjayakan pelbagai inisiatif KPWKM telah menerima sijil penghargaan. 

Hadir bersama dua Ahli Jawatankuasa Pusat, Dr. Sabariah Baharun dan Hj. Ainullotfi Abdul Latif, yang juga mewakili Majlis Kebajikan dan Pembangunan Masyarakat Kebangsaan Malaysia (MAKPEM), termasuk wakil IKRAM Negeri Pahang dan Persatuan Suri Rumah Rahmah Malaysia (SRR).

Anugerah ini dilihat sebagai penghargaan atas usaha berterusan IKRAM dalam menyokong pembangunan wanita, mengukuhkan institusi keluarga dan membantu masyarakat melalui pelbagai program serta advokasi bersama KPWKM dan agensi berkaitan.

Kehadiran mereka mencerminkan penghargaan IKRAM terhadap kerjasama strategik bersama KPWKM. Anugerah ini merupakan pengiktirafan sumbangan tidak ternilai daripada ribuan sukarelawan IKRAM di seluruh negara menjadi teras kekuatan kerja lapangan organisasi.

Sepanjang kerjasama ini, IKRAM komited melaksanakan program pemberdayaan wanita, latihan keibubapaan, intervensi sokongan keluarga, bantuan komuniti rentan serta advokasi dasar yang memberi manfaat kepada masyarakat secara menyeluruh.

anugerah ikram

Semoga penghargaan ini dapat menjadi pemangkin untuk memperkukuh lagi jaringan strategik antara kerajaan dan NGO, membuka ruang kerjasama baharu dan mempertingkatkan keberkesanan program-program sosial. 

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada KPWKM atas kepercayaan yang diberikan dan IKRAM akan meneruskan usaha untuk terus berkhidmat kepada rakyat selaras dengan aspirasi Malaysia MADANI.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia