IKRAM sokong iCGPA tidak diwajibkan, penjajaran konstruktif diteruskan

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM)  mengalu-alukan saranan Menteri Pendidikan, Yang Berhormat Dr Maszlee Malik  untuk memberikan pilihan kepada universiti untuk meneruskan atau memberhentikan pelaksanaan Purata Nilai Gred Kumulatif Bersepadu (iCGPA) di Universiti Awam (UA).

Ini selaras dengan standard amalan terbaik pembangunan jaminan kualiti kurikulum akademik di serata dunia yang menekankan kepada pelaksanaan yang berautonomi, fleksibel dan tidak preskriptif mahupun kaku (rigid), demi menggalakkan kreativiti serta inovasi dalam sistem pendidikan.

Dalam pada itu, IKRAM menegaskan bahawa penjajaran konstruktif antara hasil dan penilaian, dalam pengajaran dan pembelajaran melalui kaedah seperti iCGPA atau apa jua penilaian bersepadu yang seumpamanya, adalah amat penting dalam proses melahirkan graduan yang menepati ciri-ciri serta nilai holisitik yang dihasratkan oleh  Lonjakan Pertama dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015-2025 (Pendidikan Tinggi).

Sehubungan dengan itu, IKRAM mencadangkan agar warga UA khususnya dan  Institusi Pendidikan Tinggi amnya meneruskan usaha ke arah pelaksanaan kurikulum berasaskan hasil (OBE) yang menekankan kepada penjajaran konstruktif.

Pelaksanaan secara berautonomi lagi konsultatif sebagaimana yang disarankan oleh YB Menteri Pendidikan pastinya akan meningkatkan komitmen warga IPT dalam melaksanakan iCGPA atau sistem seumpamanya secara mampan, seterusnya menggalakkan pembangunan kurikulum secara lebih organik dan berinovasi.

Profesor Dr Omar bin Yaakob
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan
Pertubuhan IKRAM Malaysia

Tel: 012-7086482

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia