IKRAM seru rakyat dan dunia kecam serangan ke atas Palestin

Pertubuhan Ikram Malaysia (IKRAM) mengecam dengan sekeras-kerasnya serangan bertubi-tubi kerajaan haram Israel terhadap bumi Gaza, Palestin sejak 8 Julai 2014. Serangan dan kezaliman itu membuktikan kebenaran al-Quran yang menceritakan perangai dan sikap mereka sejak dahulu hingga hari kiamat.

IKRAM menyeru semua negara di dunia ini menggunakan kedudukan dan pengaruh masing-masing bagi memberi tekanan ke atas pihak rejim Israel sehingga mereka memberhentikan segera kezaliman ini. Desakan perlu juga dibuat kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), OIC serta kuasa-kuasa besar untuk bertindak segera bagi menghentikan pembunuhan rakyat Palestin. Seluruh penduduk dunia juga diseru bagi memainkan peranan untuk menamatkan keganasan ini.

IKRAM menyambut baik ucapan YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Haji Abdul Razak dalam majlis berbuka puasa bersama rakyat Selangor di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Shah Alam pada 10 Julai 2014 yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, yang melambangkan kematangan Malaysia dalam mengendalikan isu tersebut. Ikrar Perdana Menteri dan Kerajaan Malaysia untuk terus memberikan sokongan dan bantuan kepada rakyat Palestin sehingga ia menjadi sebuah negara berdaulat sangat memberangsangkan.

IKRAM juga menyambut baik seruan Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man agar ahli-ahlinya membaca doa Qunut Nazilah pada malam-malam tarawih mereka. Malah, IKRAM mengharap satu arahan daripada JAKIM dan Jabatan-Jabatan Agama Islam setiap negeri, mengeluarkan pekeliling kepada seluruh masjid dan surau untuk turut memulakan Qunut Nazilah dan tidak hanya menanti sehingga malam 15 Ramadan untuk melakukannya.

IKRAM juga mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia, daripada pelbagai agama dan bangsa, yang mula berduyun-duyun mencurahkan sumbangan kepada rakyat Gaza, khususnya melalui Tabung Kecemasan Gaza AQSA SYARIF BERHAD di akaun Maybank Islamic  5515 7500 4299 dan Bank Islam 12092 01003 4904.

Ustaz Hasanuddin Mohd Yunus
Timbalan Presiden IKRAM
Pengerusi Jawatankuasa Perhubungan Antarabangsa

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Aneka bangsa dan juga budaya,
Perpaduan terjalin sekian lama,
Selamat menyambut Hari Malaysia,
Walau berbeza, tetap teguh bersama.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia