IKRAM seru ahli sertai Himpunan Aman Bantah TPPA

Menurut Setiausaha Agung IKRAM, Hj Nahar Md Nor, IKRAM telah memainkan peranan aktif dalam gabungan ini termasuk menyertai perhimpunan Bantah TPPA di hadapan MITI, menyertai pelbagai mesyuarat dan dialog dengan MITI serta yang terakhir menggerakkan ahli-ahli menyertai SIdang Kemuncak TPPA di IDCC Shah Alam pada 9 Januari yang lalu.

“Keburukan TPPA kepada rakyat dan negara telah banyak dikaji dan dianalisa oleh pelbagai pihak.

“Kajian oleh perunding yang dilantik oleh kerajaan, PwC, juga menunjukkan bahawa manfaat ekonominya amat sedikit, berbanding dengan kerugian yang akan menimpa negara,” jelas beliau.

Sebagai anggota Badan Bertindak Bantah TPPA katanya, IKRAM menyokong perhimpunan ini dan menggalakkan ahli-ahlinya untuk turut serta menjayakan perhimpunan ini.

“Seperti yang diputuskan oleh pihak penganjur, warna rasmi perhimpunan ini adalah HITAM dan ahli-ahli IKRAM dipohon untuk menghormati dan mematuhi ketetapan penganjur ini,” tegas beliau.

Beliau turut memohon pimpinan IKRAM Negeri dan Daerah supaya menggerakkan ahli-ahlinya bagi menjayakan perhimpunan ini.

Tambah Hj Nahar, IKRAM akan menubuhkan Urusetia dan Bilik Gerakan dengan diketuai oleh Saudara Mohd Nasir Tampol bagi menyelaraskan penyertaan IKRAM dalam perhimpunan ini.

“Pohon patuhi panduan dan arahan yang akan dikeluarkan oleh Bilik Gerakan dari masa ke semasa.

“Sertai perhimpunan dengan penuh adab dan disiplin sambil mengikuti arahan pihak penganjur,” pesan beliau.

Beliau turut memaklumkan bahawa beberapa orang Jawatankuasa Pusat IKRAM akan turut bersama dalam perhimpunan ini.

Penafian: Penulisan ini adalah pandangan peribadi dan tidak menggambarkan pendirian IKRAM.

Ikuti Rancangan Jom Sembang Bersama Ustaz Dr Syazalie Hirman setiap Jumaat di TV IKRAM.

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Sumbangan

Untuk membuat sebarang sumbangan anda dialu-alukan untuk menyumbang secara terus kepada mana-mana institusi IKRAM.

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email [email protected]

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia