IKRAM sertai delegasi ke Turki lawat kem pelarian Syria

Peserta delegasi ialah Ustaz Wan Subki Wan Salleh (Pengerusi JK Luar Negara IKRAM merangkap Penasihat GSS), Ustaz Salleh (Ketua Team Syria IKRAM), Naim Jusri (Pengerusi GSS) dan Global Peace Malaysia yang diwakili Saudara Jawdah, pelajar Syria di Malaysia. Delegasi kali ini turut disertai bersama tiga kru TV Al-Hijrah.

Seramai 7 orang peserta delegasi tersebut telah berlepas dari KLIA pada Jumaat lalu dan selamat sampai di Istanbul pada jam 11.30 pagi keesokannya. Mereka disambut oleh beberapa wakil dari Rabitah Ulama’ Syria serta beberapa orang wakil pengurusan pelarian Syria di Istanbul.

Objektif utama delegasi kali ini ialah untuk mendapatkan maklumat terkini keadaan pelarian Syria di Istanbul, menyebarkan maklumat sebenar keadaan di Syria khususnya di kem-kem pelarian Syria di Antakya sempadan Turki. Selain itu, ia bertujuan menyediakan maklumat bagi siaran TV Al-Hijrah selama sebulan bagi mendapatkan sumbangan daripada rakyat Malaysia untuk bantuan kemanusiaan untuk pelarian Syria.

Gambar utama: Perbincangan awal untuk persediaan ke kem pelarian

Gambar bawah: Delegasi diberi taklimat oleh pihak pengurusan pelarian Syria

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia