IKRAM Selangor: Bersama hormati kesucian Islam dan memelihara akidah umat Islam

IKRAM Selangor selaku badan dakwah, kebajikan dan tarbiah amat serius dan prihatin dengan peristiwa yang berlaku pada minggu lalu berhubung pemeriksaan yang telah dilakukan oleh Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) beserta Polis Diraja Malaysia (PDRM) terhadap Majlis Makan Muhibah di Gereja Methodist, Damansara Utama.

IKRAM Selangor difahamkan bahawa dalam laporan awal yang dikeluarkan JAIS terdapat beberapa individu muslim telah menyertai satu majlis di dalam gereja tersebut. Jika terdapatnya unsur-unsur penyebaran agama lain kepada orang beragama Islam dalam acara tersebut, jika sabit ianya telah  melanggar Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995,  Seksyen 4 Enakmen Kawalan dan Sekatan Pengembangan Agama-agama Bukan Islam 1988 Negeri Selangor serta bertentangan dengan Artikel 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

IKRAM Selangor berpendapat tindakan JAIS wajar dihormati selama mana mereka melaksanakan tugas yang diperuntukkan berlandaskan undang-undang sedia ada. Namun demikian masyarakat berhak membuat penilaian ke-atas sebarang langkah penguatkuasaan yang diambil samada wajar atau sebaliknya.

IKRAM Selangor berpandangan semua pihak wajar bertenang dan menyerahkan kepada pihak berkuasa untuk menyiasat dengan telus dan mencari kebenaran di atas peristiwa yang telah berlaku.

IKRAM Selangor berharap institusi-institusi agama bukan Islam yang lain di negeri ini menghormati undang-undang sedia ada, peka kepada sensitiviti umat Islam dan mengelakkan sebarang aktiviti yang boleh menjejaskan keharmonian bermasyarakat.

IKRAM Selangor juga berpandangan agensi-agensi kerajaan seperti Baitul Mal, Lembaga Zakat serta Jabatan Kebajikan Masyarakat terus prihatin dan menyalurkan bantuan kewangan kepada individu, ibu tunggal dan keluarga miskin khususnya umat Islam yang memerlukan secara efektif dan berterusan.

IKRAM Selangor akan sentiasa memantau sebarang aktiviti sedemikian tidak akan berlaku lagi di samping bersedia memberi khidmat, maklumbalas dan pandangan kepada pihak berwajib jika diminta.

IKRAM Selangor menyeru semua pihak agar sentiasa prihatin dan serius dalam menjaga kesucian akidah Islam, memelihara serta mempertahankan kedudukan agama Islam di negeri ini selaras dengan Artikel 3 Perlembagaan Persekutuan bahawa Islam adalah Agama bagi Persekutuan yang mempunyai implikasi besar dalam kehidupan umat Islam di Malaysia.

 

Hj. Shamsul Ma’arif Hj Ismail

Yang Dipertua

Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) Negeri Selangor

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

  • 5-7 April 2024
  • Ahmad Shahimi Senawi (0124061444)

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

  • 5-7 April 2024
  • Us Rozi Abu (0103535159)

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

  • 5-7 April 2024
  • Ruzinoor Che Mat (0194726820) Khairussani Farid (0132227380)

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Dr Mohamad Heerwan Peeie (010-9112045)

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Faisal (0129725464) & Nazilah (01110540165)

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

  • 5 - 6 April 2024
  • Faisal (0129725464)

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

  • 30 - 31 Mac 2024
  • Ustaz Muhamad Faiz bin Muhd Fadhil 019-4102067

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia