IKRAM Rancakkan Usaha Advokasi dengan Kluster Pendidikan dan STI

Dua Kluster Baharu Agenda Nasional IKRAM Ditubuhkan

SERI KEMBANGAN – Bagi menambah baik usaha-usaha dan inisiatif advokasi yang strategik, Pertubuhan IKRAM Malaysia (IKRAM) telah menganjurkan Sanggar Kerja Agenda Nasional 2025 pada Selasa, 18 Mac lalu.

Sanggar kerja ini dihadiri oleh 59 peserta yang melibatkan Ahli-ahli JKP, para staf dan anggota kluster-kluster di bawah JK Agenda Nasional (AN) termasuk JK Wanita IKRAM Pusat, wakil-wakil IKRAM Negeri dan Kawasan serta institusi-institusi IKRAM seperti Yayasan Ikram Malaysia (yaIKRAM), MyCARE, KIMB, IKRAM Legal, MUSLEH dan KADRI.

Timbalan Presiden IKRAM, Jusni Yusoff turut menyampaikan ucaptama mengenai “Advokasi Berteraskan Solusi” dan peranan penting ahli dalam mengislah negara.

Tambahnya, para aktivis gerakan Islam seperti IKRAM di sini beruntung dengan keadaan Malaysia yang aman dan dapat melaksanakan syiar Islam, dakwah dan usaha-usaha advokasi secara terbuka, berbanding negara lain yang menghadapi pelbagai kesukaran.

“Agenda Nasional bukan agenda beberapa orang JKP dan satu JK sahaja. Tetapi, Agenda Nasional adalah usaha kita semua.”

“Gerak kerja institusi, agensi, sayap dan negeri perlu digembleng dalam cita-cita kita ingin mencapai Malaysia Negara Rahmah,” tegas beliau. 

Dalam pada itu, Naib Presiden IKRAM, Prof. Dr. Hanim Salleh membentangkan Kerangka AN 5.0 yang memulakannya dengan kata-kata semangat bahawa aktivis advokasi merupakan orang-orang yang membuka pintu-pintu kebaikan kerana memudahkan urusan, menyelesaikan masalah masyarakat serta menyumbang kepada pembangunan negara rahmah. 

Jelasnya, mereka ini mendapat ganjaran di sisi Allah SWT. Turut dibentangkan adalah gerak kerja empat Kluster AN iaitu Institusi Kenegaraan dan Kepemimpinan Berwibawa (IKB), Kemakmuran Ekonomi (KE), Perpaduan Nasional (PN) dan Masyarakat Progresif (MP).

Menariknya, dua kluster baharu telah ditubuhkan iaitu Kluster Pendidikan dan Kluster Sains, Teknologi dan Inovasi bagi menggerakkan dengan lebih aktif lagi usaha advokasi dalam bidang tersebut.

Selain berkongsi aspirasi daripada Rancangan IKRAM, para peserta turut berusaha membuat penetapan inisiatif strategik berkaitan Petunjuk Prestasi Utama – Advokasi Berteras Solusi dalam rancangan tersebut.

Di samping pembentangan kerangka baharu, bengkel ini telah mengenal pasti sasaran advokasi polisi dan advokasi awam bagi semua bidang tumpu Agenda Nasional.

Melalui penganjuran sanggar kerja ini, moga Jawatankuasa Agenda Nasional berjaya mencapai objektif bagi meluaskan capaian advokasi yang strategik dalam memastikan Malaysia menjadi sebuah Negara Rahmah, insya-Allah.

3 Tahun PTI Tidak Dapat Dilangsungkan, Kini Tiba Masanya…

Ingin mengikuti pandangan semasa dan info terkini dari IKRAM?
Hantar maklumat anda kepada kami:

ARTIKEL TERKINI

Kulim

Masjid Al Muqarabbin, Taman Angsana, Kulim

Sungai Petani

Masjid Bandar Perdana, Bandar Perdana Sg Petani

Kubang Pasu / Alor Setar

Masjid An Nur IPG Kampus Darulaman, Jitra

Pekan

Masjid Sultan Ahmad Shah, Pekan

Pahang Barat

Surau RPSB Kg. Pagar, Penjom, Lipis

Pahang Barat

Surau Al Hidayah, Kg Melayu Sg Lui, Raub

Kota Samarahan

Masjid Al-Malik, Taman Uni Garden

Maaf, anda perlu bayar untuk dapatkan kajian ini. Sila hubungi pihak KADRI untuk info lanjut melalui email kadri@ikram.my

Berita Terkini IKRAM

Dapatkan info TERKINI

Langgan berita terkini supaya anda tidak ketinggalan info penting daripada Pertubuhan IKRAM Malaysia